Berita Harian

Strategi menyeluruh pulihkan ekonomi

-

Yang penting ialah kesediaan rakyat, apa kerajaan bantu ialah untuk tolong mereka. Ini seakan (pepatah) ‘jangan tolak rezeki’ dalam bahasa Melayu, tiada faedah bagi mereka. Saya lebih yakin untuk tunggu satu lagi dos suntikan, tetapi yang belum suntik apa rasanya? Bukanlah saya kata saya terselamat, tetapi saya boleh katakan, dalam badan saya ini, ada antibodi yang jika ada elemen virus hendak masuk, ia akan lawan. Kalau tiada vaksin itu, hendak lawan macam mana, rasalah sakit.

Bagi saya, ia perkara penting dan saya percaya kempen ini akan dapat sambutan kerana kita gerakkan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ketua masyarakat, ketua kampung, Rukun Tetangga untuk terbabit dalam penghebaha­n berita ini dan menggalakk­an pendaftara­n sebagai penerima vaksin menerusi Mysejahter­a.

Kita akan pantau dari semasa ke semasa, setiap hari supaya sebarang keperluan untuk berikan penekanan terhadap sesuatu kawasan, sama ada di bandar, jalan, kota, pinggir kota, Sabah, Sarawak, ia perlu diagihkan ke seluruh pelosok negara.

Kita akan pantau perkara ini dan KKM sebagai badan penyelia mempunyai pusat pemantauan menggalas tugas ini, mencakupi kejayaan kempen, kadar pendaftara­n dan aspek yang perlu diberikan penekanan. Jika semua berjalan mengikut pelan, saya harap gerakan didalangi segelintir pihak untuk merencatka­n prestasi program imunisasi ini, tidak berjaya.

S: Adakah kerajaan mempunyai pelan komprehens­if membawa Malaysia keluar daripada dilema ekonomi, terutama pasca COVID-19?

J: Pelan itu sudah dilaksanak­an. Bukan apa yang kita buat sekarang tiada kena mengena seperti kita pantau pertumbuha­n negara, mengapa tahun lalu pertumbuha­n kita menguncup 1.7 peratus, sebelum itu lebih besar pada 17 peratus. Maknanya kita sudah ada langkah bagi mengurangk­an kesan sedemikian dengan ada sedikit penguncupa­n.

Ketika ini masih fasa pertama, tetapi unjuran kita selesai akhir tahun, ada pertumbuha­n positif, itu dari segi KDNK. Pemacu kejayaan seperti ini ialah mengikut sektor, pembuatan, pembinaan, peruncitan, semua sektor, tetapi lebih penting, semua sektor kita buka, kalau sekat, tidak boleh.

Mungkin satu saja, sektor pelanconga­n yang belum pulih seperti dikehendak­i, itu kita kena lihat dan caranya kita sudah tahu mereka terkesan, diberi buka pun tidak boleh berniaga kerana tidak cukup modal. Diberi moratorium daripada bank dan Danajamin (Danajamin Nasional Berhad), macam-macam. Dalam senarai panjang, tidak cukup dua jam kalau saya hendak perincikan

Jadi, ia pelan menyeluruh, bukan ambil sedikit-sedikit kerana hendak tengok bagaimana negara mesti dapat keluar daripada masalah ekonomi. Penting juga bagi sempadan negara dibuka suatu hari nanti, sekarang belum buka, boleh berniaga, boleh eksport tetapi masih agak terkesan. Pelanconga­n tidak boleh lagi.

Justeru, kalau hendak tengok industri penerbanga­n kita kembali melonjak, mesti ada pelanconga­n, kalau tidak orang tidak ‘terbang’. Semua ini diambil kira dan insya-allah bulan depan, saya akan umumkan strategi menyeluruh. Saya bincang dengan Menteri Kewangan, apa strategi kita sebenarnya untuk lebih pesat keluar daripada masalah sekarang dan ekonomi bertambah rancak. Tunggu dan saya akan umumkan pertengaha­n Mac nanti.

S: Ada dakwaan sejak setahun lalu, kerajaan kurang memberi tumpuan soal ekonomi, termasuk pelaburan langsung asing (FDI)?

J: Ya, saya faham. Berdasarka­n rekod, hampir seluruh dunia terkesan dari segi FDI. Malaysia juga dan antara yang terbesar. Bagi saya, ia tidak membimbang­kan kerana laporan terkini menunjukka­n minat pelabur asing datang ke Malaysia masih kuat. Kalau ikut data baru kita dapat kelulusan, RM109.8 bilion pelaburan baharu dalam ekonomi negara kita, semua sektor perkilanga­n, perkhidmat­an dan sektor utama.

Ini dalam tempoh sembilan bulan 2020, maknanya wujud pertumbuha­n. Ada 2,935 projek untuk menghasilk­an 64,701 peluang pekerjaan. Jadi FDI menyumbang 40 peratus dan sektor perkilanga­n menarik sebahagian besar pelaburan yang diluluskan bagi tempoh ini, menyumbang lebih separuh iaitu 59.5 peratus atau RM65.3 bilion, diikuti sektor perkhidmat­an dan sektor lain. Kita juga mula menawarkan beberapa insentif baharu untuk dua tahun.

Ini keputusan saya bagi menarik minat pelabur. Wujud kepentinga­n memacu pelaburan, tetapi melihat kepada sektor yang mana satu, teknologi tinggi. Saya baru lancarkan Mydigital (Rangka Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia). Ini pun akan diumumkan dalam sehari dua lagi berapa jumlah pelaburan dari luar, merangkumi syarikat ternama.

Kita juga buat keputusan merancakka­n pelaburan dalam negara kerana dulu tumpuan terarah kepada pelaburan asing. Sekarang, pelaburan dalam negara lebih besar daripada asing sebenarnya kerana syarikat yang bertapak di Malaysia sudah menjadi syarikat multinasio­nal yang besar, ada sesetengah sudah pergi ke luar negara juga. Jadi kita hendak mereka kembangkan dengan melabur semula dalam negara. Bagi saya, saya tidak bimbang sangat (dengan FDI) kerana dengan adanya dasar mesra peniaga, diharapkan sektor perniagaan dan pelaburan akan berkembang pada masa depan.

S: Proklamasi darurat terus menjadi bahan politik, termasuk daripada sekutu dalam kerajaan PN, kononnya disebabkan Tan Sri sudah hilang majoriti di Parlimen?

J: Ya, kita buat keputusan untuk menasihatk­an Yang di-pertuan Agong atas sebab yang agak berpatutan dan sesuai. Kalau ingat, waktu pertama kita buat keputusan, kita menghadap baginda, baginda tidak berkenan, tetapi kali kedua, baginda berkenan kerana situasi COVID-19 yang membimbang­kan kita, justeru diisytihar­kan darurat. Menerusi langkah itu, kita dapat gunakan peruntukan Ordinan Darurat untuk uruskan masalah COVID-19 secara lebih cepat.

Kerajaan boleh cadangkan pindaan kepada beberapa akta atau perkara baharu yang hendak dibuat dalam bentuk ordinan, dibawa ke Kabinet, Yang di-pertuan Agong beri perkenan, esok diwartakan, boleh jalan (kuat kuasa). Kalau hendak tunggu proses Parlimen, boleh juga, tetapi lazimnya ambil masa panjang, sedangkan COVID-19 ini tidak boleh tunggu esok.

Sebab itu apabila kita kuat kuasa (ordinan), kita pinda Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446). Kalau dulu Akta 342, denda maksimum RM1,000, sama ada (kesalahan) besar atau kecil, tetapi sekarang dipinda dan dinaikkan ke RM10,000 atau jika babitkan syarikat boleh sehingga RM50,000.

Itu tujuan untuk mengekang, jangan ada pelanggara­n penguatkua­saan. Dahulu tentera tidak boleh tangkap, kerja waktu perang saja, tembak orang (musuh dalam perang), tetapi waktu zaman aman hendak bantu polis, tentera tidak boleh buat apa-apa. Sekarang kita beri kuasa kepada tentera untuk menahan dan menangkap ikut kuasa polis yang ada.

Zaman luar biasa sekarang, hospital kita sampai satu peringkat hendak ‘pecah’ (penuh) kerana kapasiti asal tidak lagi dapat menampung jumlah pesakit. Jadi, kita guna hospital sementara di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor dengan kapasiti 10,000 orang. Sekarang sudah kurang sedikit tekanan, tetapi kuasa yang ada ini, kita boleh ambil alih hospital swasta secara sementara dan ia termasuk katil, peralatan, doktor dan jururawat. Bagusnya walaupun ada Ordinan Darurat, mereka (hospital swasta) bersedia secara sukarela, justeru kita dapat 1,300 katil tambahan.

Banyak lagi perkara yang sudah kita buat dan antara menjadi masalah terbesar dalam COVID-19, majikan tidak ikut Akta 446. Menerusi akta ini, majikan diwajib menyediaka­n tempat tinggal bersesuaia­n, tetapi hampir 70 peratus gagal mematuhi peruntukan perundanga­n ini. Bila tiada COVID-19, kita tidak tahu, tetapi bila ada wabak ini, itu (kes jangkitan pekerja) melambung sini, melambung sana. Sekarang kita sudah pinda sedikit Akta 446.

Kita juga hendak kemukakan kepada Yang di-pertuan Agong berhubung berita palsu COVID-19. Dalam tempoh seminggu, kita rangka draf akta, Peguam Negara buat, diluluskan Kabinet, Yang di-pertuan Agong perkenan, tanda tangan, diwartakan. Bermakna ada orang reka cerita, berita palsu bertebaran sekarang, kuasa diperuntuk­kan untuk menahan, menangkap dan mengambil tindakan segera.

Jadi, darurat ini bukan bermakna untuk saya dapat duduk lama jadi Perdana Menteri, saya pun tidak tahu parti mana ada jumlah kerusi lebih besar (majoriti di Dewan Rakyat) daripada saya. Dulu ada hendak tunjukkan (sokongan majoriti di Dewan Rakyat), tetapi tidak terbukti. Saya yakin bahawa saya mempunyai sokongan besar.

Saya yakin kedudukan saya menepati Perlembaga­an Persekutua­n dan sah. Saya tidak boleh duduk kerusi Perdana Menteri secara haram, saya buat kerja betul dan itu sebabnya. Pengisytih­aran darurat bukan soal politik kerana ia tidak memerlukan darurat. COVID-19 perlukan darurat bagi memberi ruang kita bertindak secara berkesan. Apabila tiada COVID-19 nanti, tidak perlu darurat.

Kalau dulu darurat, sepanjang masa darurat, tiada tempoh masa. Saya (beri tempoh) hingga 1 Ogos 2021, tetapi kalau boleh selesai (ancaman COVID-19) awal, Jawatankua­sa

Khas Bebas Darurat yang ditubuhkan, dilantik oleh Yang di-pertuan Agong kata sudah boleh batalkan darurat, saya ikut sajalah. Bukan saya hendak duduk panjang-panjang (darurat) sehingga dua tahun.

Kalau dulu darurat sehingga dua tahun, kita tidak perlukan. Selesai (pandemik), balik semula ke keadaan asal. Kita tidak mahu selamanya dikongkong peraturan sebegini. Itu tujuan saya. Diharapkan rakyat faham, bukan soal takut tidak dapat majoriti di Parlimen. Dulu orang cabar saya, kita ke Parlimen, tidak dapat majoriti, tetapi 27 kali Rang Undang-undang (RUU) Belanjawan 2021 diluluskan. Saya bukan hendak mendabik dada, itu rekod di Parlimen apabila Belanjawan 2021 diluluskan. Kata kita tiada majoriti, tetapi dapat kelulusan (RUU). Saya di sini hanya jalankan tugas dan amanah, ini yang saya buat sekarang.

S: Adakah pilihan raya umum (PRU) akan dibuat tahun ini? J: Ia tertakluk kepada pelbagai perkara. Paling penting, kita perlu tangani COVID-19 dan apabila wabak ini mula landai, negara sudah terselamat daripada pandemik ini, itu kita harapkan. Soal kedua, darurat akan ditamatkan, itu tertakluk kepada tugas Jawatankua­sa Khas Bebas yang memang terma rujukan satu saja, bila darurat berupaya ditamatkan? Jadi, kalau dapat maklumat daripada pihak keselamata­n, di luar tiada kes (jangkitan baharu COVID-19), suntikan vaksin mula menunjukka­n penyusutan kes sehingga dua angka, laporan pakar epidemiolo­gi kata Malaysia semakin bebas COVID-19, tengok seminggu, dua minggu, tiada lagi (kes), baru OK.

Soal ketiga, bila PRU? Kalau ikut Perlembaga­an Persekutua­n, bila mana kerajaan yang mentadbir negara berpendapa­t hendak adakan PRU, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-pertuan Agong untuk minta pembubaran Parlimen. Sekiranya diperkenan, maka baru Parlimen dibubarkan, tetapi persoalann­ya bila? Bila sampai masa yang sesuai, kerana perkara pokok sekarang ialah untuk tangani COVID-19 dulu.

Ambil pengajaran di Sabah, hanya kerana perundanga­n kata mesti diadakan pilihan raya negeri (PRN), kita buat. Maka sampai hari ini (penularan COVID-19) tidak selesai. Ada juga pilihan raya kecil (PRK) di sana, tetapi belum dibuat, iaitu (Dewan Undangan Negeri) Bugaya dan (Parlimen) Batu Sapi, selain Gerik, tetapi disebabkan darurat dan COVID-19, digantung dulu. Yang mustahak, kita selesaikan ini (krisis COVID-19) dulu. Bila selesai, saya tidak mahu tunggu sehari pun, balik semula keadaan asal, bukan kita bimbang apa-apa pun. Itu paling mustahak.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia