Berita Harian

‘Adat berpolitik ibarat bina keluarga’

AMANAH beri gambaran PKR seolah-olah tidak hormati kesepakata­n dalam PH

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir dan Mohamed Farid Noh bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Parti Amanah Negara (AMANAH) memberi gambaran PKR seolah-olah tidak menghormat­i peraturan, had dan kesepakata­n dalam Pakatan Harapan (PH) apabila menerima penyertaan tiga wakil rakyat dari parti itu.

Timbalan Presidenny­a, Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang memberi gambaran perkara itu umpama masalah dalaman keluarga, turut mempersoal­kan kesudahan yang akan berlaku jika pasangan suami isteri sering mahu bertukar pasangan.

“Dalam ikatan suami isteri yang sah dan berjanji sehidup semati pun kadangkala berlaku salah faham, pertelingk­ahan dan pergaduhan ada syariat dan hukum memandu pasangan suami isteri dalam apa situasi sekali pun.

“Ada masalah yang dapat diselesaik­an dengan perundinga­n, engagement (libat urus) dan muafakat tolak ansur.

“Jika tiada lagi jalan keluar, maka syariat mengizinka­n perceraian berlaku.

“Demikian juga dengan keluarga besar mana-mana gabungan parti politik.

“Setiap parti dan ahli ada peraturan, batas serta kesepakata­n yang mesti dijaga dan dihormati,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kelmarin, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, mengesahka­n tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor meninggalk­an parti itu untuk menyertai PKR, sekutunya dalam PH.

Mereka ialah ADUN Senggarang, Khairuddin A Rahim; ADUN Serom, Faizul Amri Adnan dan ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit.

Sebelum ini, dua wakil rakyat dari AMANAH di Selangor, iaitu

ADUN Meru, Mohd Fakhrulraz­i Mohd Mokhtar dan ADUN Sabak, Ahmad Mustain Othman, juga mengumumka­n menyertai PKR.

Sementara itu, Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin, mengingatk­an PKR supaya tidak hipokrit dan ‘lidah bercabang’, sebaliknya perlu tekad untuk bersama menolak budaya lompat parti antara komponen parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Katanya, tindakan lompat parti dalam PH jelas menguntung­kan satu pihak dan merugikan pihak lain.

Di Johor Bahru, Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan, berkata pihaknya belum menerima surat rasmi daripada ketiga-tiga ADUN terbabit.

Dalam pada itu, AMANAH Kawasan Bukit Bintang menggesa kepemimpin­an parti itu mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan kedudukan dalam PH.

Demikian juga dengan keluarga besar mana-mana gabungan parti politik. Setiap parti dan ahli ada peraturan, batas serta kesepakata­n yang mesti dijaga dan dihormati.

Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden AMANAH

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia