Berita Harian

Mangsa lemas kerap mimpi arwah datuk

-

Johor Bahru: Sejak seminggu lalu, Putra Ahmad Danial Abdullah, yang berusia sembilan tahun sering memberitah­u ibunya dia kerap mimpikan arwah datuknya.

Nur Syafariena Fazuera Ishak, 28, berkata beliau tidak menyangka mimpi itu seolah-olah petanda anak sulungnya itu akan meninggalk­annya selamalama­nya.

Katanya, Putra Ahmad Danial yang dipanggil ‘Bulat’ menceritak­an datuknya memanggiln­ya dalam mimpi.

“Arwah atuk selalu datang dalam mimpi Bulat dan panggil Bulat. Bulat sayang sangat pada atuk,” kata Nur Syafariena Fazuera memetik kata-kata anaknya itu.

“Minggu lepas (Selasa lalu) saya kehilangan ayah akibat penyakit kronik, hari ini (semalam) saya kehilangan anak pula. Perasaan sedih itu tidak boleh digambarka­n, tetapi saya reda dengan ujian Allah,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, semalam.

Katanya, sepanjang minggu lalu, Bulat bercerita sering bermimpi arwah datuknya memanggiln­ya dan ia tidak menghairan­kan kerana Bulat memang rapat sangat dengan arwah datuknya sejak kecil lagi.

Putra Ahmad Danial dan seorang rakannya yang hilang di Sungai Skudai berdekatan Kampung Batu 8, di sini dipercayai terjatuh, ditemui lemas, malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I Mohd Suhaimi Abdul Jamal, berkata mayat Putra Ahmad Danial ditemui kira-kira 10 meter dari Pusat Kawalan Operasi Bomba.

“Sementara, mangsa kedua iaitu kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tujuh tahun ditemui pada jam 12.10 malam (kelmarin),” katanya.

Nur Syafariena Fazuera berkata, beliau tidak pernah sangka Putra Ahmad Danial akan berjalan dan bermain sejauh lebih satu kilometer ke Sungai Skudai.

“Saya sedang menjaga anak perempuan berusia dua tahun, jam 5 petang semalam (kelmarin) masih kedengaran suaranya bermain bersama rakan,” katanya.

Sementara itu, bapa tirinya, Mohd Hamdan Baharuddin, 36, berkata sebaik dimaklumka­n polis terdapat dua kanak-kanak lemas di Sungai Skudai, beliau terus ke lokasi dan sedih melihat jasad Putra Ahmad Danial.

 ?? (Foto Zain Ahmed/bh) ?? Mohd Hamdan bersama isteri, Nur Syafariena Fazuera di hadapan Jabatan Forensik HSA, Johor Bahru, semalam untuk menuntut jenazah Putra Ahmad Danial (gambar kecil).
(Foto Zain Ahmed/bh) Mohd Hamdan bersama isteri, Nur Syafariena Fazuera di hadapan Jabatan Forensik HSA, Johor Bahru, semalam untuk menuntut jenazah Putra Ahmad Danial (gambar kecil).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia