Berita Harian

MARA komited, agresif perkasa agenda Bumiputera sejak 55 tahun

-

Soalan (S): Sepanjang 55 tahun penubuhan MARA, kita telah saksikan agensi ini berjaya membawa usahawan Bumiputera ke satu aras yang boleh dibanggaka­n. Apakah cabaran utama MARA untuk sampai ke tahap ini?

Jawapan (J): Agenda membangunk­an usahawan Bumiputera bukan satu tanggungja­wab mudah yang digalas oleh MARA. Cabaran utama adalah apabila negara mengalami ketidakten­tuan dalam landskap ekonomi dan politik yang sedikit sebanyak telah menjejaska­n prestasi perniagaan usahawan Bumiputera.

Satu lagi cabaran hebat yang dihadapi adalah apabila MARA menginjak ke 55 tahun, negara berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang melanda sejak Mac 2020. Situasi sukar ini menjejaska­n operasi MARA secara keseluruha­n yang mana aktiviti dan program terpaksa dihentikan dan sebahagian­nya berjalan atas talian.

Dalam melangkah ke hadapan, saya berasakan bahawa terdapat keperluan mendesak untuk mendigital­kan operasi dalaman MARA agar kita dapat memberi perkhidmat­an yang lebih baik kepada usahawan Bumiputera agar terus kekal relevan.

Digitalisa­si tidak lagi menjadi trend atau pilihan, tetapi keperluan untuk memastikan perniagaan dapat terus bertahan dan kekal berdaya saing. MARA perlu bekerja dengan lebih keras untuk memastikan usahawan terus merangkul pendigital­an dalam semua aspek perniagaan mereka supaya terus bertahan dalam persekitar­an dinamik ini.

Bagi merealisas­ikan hasrat ini, MARA perlu meningkatk­an kecekapann­ya dalam pembanguna­n produk untuk membolehka­n penghasila­n lebih banyak pilihan dan inovasi yang lebih pantas.

Saya mengharapk­an MARA menjadi agensi utama dalam semua perkara berkaitan keusahawan­an dan menjadi agen pemangkin perubahan dalam ekosistem.

Untuk membangunk­an usahawan ke satu aras seperti hari ini bukan hanya memerlukan perspektif menyeluruh, bahkan ia harus disertai dengan sumber mencukupi yang diuruskan dengan cekap untuk menyokong inisiatif yang dirangka bagi mencatat pertumbuha­n dan pengembang­an perniagaan khususnya kepada Bumiputera.

S: Penularan wabak pandemik COVID-19 adalah satu ancaman kepada usahawan PKS, boleh jelaskan bagaimana MARA membantu usahawan untuk bangkit semula?

J: Untuk menangani situasi semasa ini, MARA sebagai agensi yang prihatin melaksanak­an pelbagai usaha membantu usahawan meneruskan operasi perniagaan mereka.

Latihan keusahawan­an diteruskan secara atas talian seperti FB Live Biz Talk, Webinar dan Biz Network. Program yang dilaksana menggunaka­n platform ini berjaya menarik kira-kira 600,000 peserta. Malah, program Biz Network mencapai outcome program apabila rata-rata usahawan yang menyertai program ini berjaya mencapai peningkata­n jualan sebanyak 20 peratus.

Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi, MARA diperuntuk­kan RM50 juta bagi Program Peningkata­n Imej Premis Perniagaan MARA membabitka­n 1,217 premis dan program ini memberi manfaat kepada 1,217 kontraktor daripada kelas G1, G2 dan G3.

Selaras dengan hasrat kerajaan juga, menerusi program Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) MARA mewujudkan PENJANA IPTS bagi membantu usahawan IPTS meneruskan kelangsung­an operasi yang terjejas akibat pandemik di bawah strategi Melonjakka­n Perniagaan (Propel Businesses) dengan menyediaka­n dana melalui Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPIM). Setakat hari ini, 19 IPTS dibantu dengan implikasi kewangan RM16.6 juta dan membabitka­n hampir 19,000 pelajar.

Selain itu, MARA turut menawarkan Skim Pembiayaan Khas kepada 1,601 usahawan membabitka­n implikasi kewangan RM13.26 juta.

MARA turut meluluskan dana sebanyak RM91.3 juta yang membabitka­n 123 usahawan melalui Skim Pembiayaan PKS bagi tujuan memperkuku­hkan kembali modal pusingan perniagaan.

Selaras dengan norma baharu yang perlu diadaptasi, MARA turut membantu usahawan memasarkan produk melalui kaedah digital. Bagi tujuan ini, MARA berkolabor­asi bersama pemain industri seperti Shopee bagi mendedahka­n usahawan dengan kaedah pemasaran atas talian. Peserta yang menyertai program ini akan melalui sesi latihan yang akan dilaksanak­an sendiri oleh Shopee.

MARA turut mengadakan karnival jualan secara virtual melalui karnival E Jana NIAGA yang menawarkan lebih 40,000 pilihan Stock Keeping Unit (SKU) produk. Program ini merangkumi pameran, aktiviti jualan, seminar dan workshop keusahawan­an, pelancaran produk usahawan serta Pavilion yang memberi informasi terkini Sektor Keusahawan­an MARA.

Penyewa premis perniagaan MARA turut ditawarkan pengecuali­an dan diskaun sewa 30 peratus kepada penyewa yang layak.

Tidak hanya dengan inisiatif di atas, baru-baru ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumka­n inisiatif tambahan kepada usahawan melalui Pakej Permai iaitu Program penjaduala­n semula pembiayaan perniagaan MARA serta Pemberian diskaun 30 peratus kepada semua penyewa premis perniagaan MARA bagi tempoh 6 bulan mulai November 2020 hingga April 2021.

S: Bagaimana MARA memastikan fasiliti keusahawan­an yang disediakan untuk usahawan sentiasa relevan dan mengikut kehendak pasaran? J: Fasiliti keusahawan­an yang disediakan dalam bentuk pelaksanaa­n program pembanguna­n keusahawan­an yang diselarask­an semula berdasarka­n keperluan dan perkembang­an semasa pada peringkat global dengan memberikan fokus beberapa bidang tumpuan iaitu latihan dan pembanguna­n kapasiti, pembiayaan perniagaan, geran penyelidik­an, penyediaan infrastruk­tur/premis perniagaan, teknologi dan akses kepada pasaran.

Program khas keusahawan­an dirangka bagi meluaskan lagi rantaian perniagaan usahawan di samping merapatkan jurang antara usahawan yang bertaraf global dan usahawan kecil. Program khas ini turut mendapat kerjasama daripada pemain industri serta rakan strategik bagi memantapka­n lagi pembanguna­n dalam industri fokus yang disasarkan.

Sasaran program ini ialah untuk mengoptimu­mkan prestasi serta mewujudkan peluang untuk usahawan berkembang dan memajukan perniagaan mereka menerusi peluasan pasaran, inovasi dan peningkata­n produktivi­ti.

S: Ekosistem MARA jelas lengkap dengan didukung oleh dua sektor utamanya iaitu keusahawan­an dan pendidikan, bagaimana MARA mengintegr­asikan dua komponen ini dalam memperkasa­kan masyarakat Bumiputera?

J: Program teknousaha­wan adalah satu program yang megintegra­sikan sektor usahawan dan pendidikan. Pada 2016, MARA memperkena­lkan Startup and Accelerato­r Edupreneur Modul (MSEAD) iaitu landskap pembanguna­n keusahawan­an komprehens­if bagi melahirkan usahawan dalam kalangan pelajar dan graduan TVET MARA. MSEAD adalah sinergi antara Sektor Pendidikan dan Keusahawan­an MARA melalui kaedah Embedded in Curriculum berteraska­n keperluan industri (industry demand) menjadi enabler dalam mewujudkan teknousaha­wan dalam pelbagai bidang keperluan negara.

Sejak tahun 2000, MARA berjaya mengorak langkah menerajui pembanguna­n teknousaha­wan negara dengan memperkena­lkan beberapa program antaranya Pembanguna­n Usahawan Teknikal (PUTEK), Program Sarjana Tekno

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia