Berita Harian

Suami isteri dihukum gantung sampai mati

Pasangan didapati bersalah bunuh anak pada 2016

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka pada 2016.

Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz menjatuhi hukuman itu terhadap Anuar Yusof, 55, dan isterinya, Murni Ahmad, 40, yang juga ibu tiri mangsa, selepas memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanap­un, dua lagi anak kandung pasangan terbabit, iaitu Siti Sarah Anuar, 26, serta Amir Sharif Anuar, 19, dilepas dan dibebaskan kerana didapati tidak bersalah terhadap pertuduhan sama.

Mengikut pertuduhan, empat tertuduh itu didakwa secara bersama-sama membunuh mangsa, Siti Hajar Anuar yang ketika kejadian berusia 22 tahun, di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai Chukai, Kemaman, jam 10.45 malam 26 April 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntu­kkan hukuman mengikut Seksyen 35 akta sama.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud, manakala semua tertuduh diwakili peguam, Masliela Ismail.

Sebelum ini, tragedi menimpa mangsa dikesan selepas polis curiga dengan laporan kematian dibuat bapanya pada 26 April 2016.

Dalam laporan, gadis itu dikatakan mengalami sakit biasa, namun hasil pemeriksaa­n mendapati ada kesan gigitan pada badan dan lebam di mata mangsa.

Siasatan awal polis juga mendapati keadaan fizikal mangsa terlalu kurus dengan berat badan hanya 18 kilogram.

Susulan itu, empat beranak terbabit ditahan di rumah mereka pada jam 1.50 pagi 1 Mei 2016.

Anuar dan Murni

 ?? (Foto Zatul Iffah Zolkiply/bh) ?? tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.
(Foto Zatul Iffah Zolkiply/bh) tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia