Berita Harian

JSPT Melaka nafi dakwaan kawalan untuk kenamaan punca nahas

-

Hasan Basri Yahya

Melaka: Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Melaka membuat laporan polis bagi menafikan isu viral yang mendakwa kawalan lalu lintas untuk orang kenamaan menjadi punca kemalangan pada Jumaat lalu.

Ketua JSPT negeri, Superinten­dan Hasan Basri Yahya, berkata JSPT terkesan dengan satu hantaran di Facebook kelmarin, mengenai perkara berkenaan dan siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 223 Akta Telekomuni­kasi dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan terhadap pemilik laman sosial berkenaan.

Menerusi hantaran Facebook terbabit, katanya, seorang netizen mendakwa pada jam 9.40 pagi Jumaat lalu, ketika dalam perjalanan ke bank, dia terbabit dalam kemalangan dengan motosikal dari arah sama ketika melalui persimpang­an lampu isyarat Krubong/cheng di Melaka Tengah.

Katanya, netizen itu mendakwa ia susulan daripada tindakan polis trafik yang sedang mengiringi orang kenamaan melalui kawasan berkenaan.

“Pihak JSPT Melaka mengambil maklum perkara berkenaan dan melakukan siasatan dan terdapat satu laporan kemalangan jalan raya bersangkut­an yang dibuat oleh pengadu dan disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

“Bagaimanap­un, sehingga sekarang penunggang motosikal yang terbabit masih belum membuat laporan polis. Justeru, usaha mengesan sedang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian tiada sebarang tugas mengiring orang kenamaan seperti yang dinyatakan netizen tetapi anggota terbabit sedang membuat kawalan lalu lintas sempena perayaan Masimagam di Kuil Krubong, Tampoi.

Katanya, anggota trafik sedang melancarka­n pergerakan kenderaan dengan memberi laluan kepada pengangkut­an yang membawa berhala (patung) dari arah bandar Melaka menghala ke arah jalan Krubong, Tampoi.

Kuala Terengganu:

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia