Berita Harian

2 beradik antara tiga maut nahas

-

Proton Satria Neo

Kereta dipandu Muhammad Hafiz kemudian masuk ke laluan bertentang­an dan bertembung dengan kereta dinaiki Pan Nee dan adik lelakinya, Veeran.

Zulkefly Yahya,

Ketua JSPT Kuala Lumpur

Kuala Lumpur: Dua beradik dan seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuching dari arah bulatan Segambut menghala ke Kepong, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12.30 tengah malam membabitka­n kereta Proton Satria Neo dan pikap jenis Mazda BT 50.

Beliau berkata, mangsa yang maut ialah Lee Pan Nee, 45, dan adik lelakinya, Lee Veeran, 35, serta Muhammad Hafiz MD Isa, 32.

Katanya, siasatan mendapati kereta Proton Satria Neo dipandu Muhammad Hafiz, datang dari arah Kepong menghala ke bulatan Segambut hilang kawalan lalu melanggar batu penghadang di tengah jalan.

“Kereta berkenaan kemudian masuk ke laluan bertentang­an dan bertembung dengan kereta dinaiki Pan Nee dan adik lelakinya, Veeran.

“Mangsa mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat dibawa ke Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dah bedah siasat akan dibuat setelah keputusan ujian COVID-19 diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, ketika kejadian adik-beradik itu yang berniaga ikan dalam perjalanan ke pasar borong untuk membeli ikan.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? remuk teruk selepas melanggar batu penghadang jalan dan merempuh pikap di Jalan Kuching dari arah bulatan Segambut menghala ke Kepong, semalam.
remuk teruk selepas melanggar batu penghadang jalan dan merempuh pikap di Jalan Kuching dari arah bulatan Segambut menghala ke Kepong, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia