Berita Harian

Warna hitam nampak tubuh lebih ramping

KURANG tinggi lazimnya antara penghalang utama wanita untuk menggayaka­n sesuatu fesyen, malah kadangkala ia menyebabka­n wanita itu kurang keyakinan ketika berdepan dengan khalayak.

-

Memakai kasut bertumit tinggi bukanlah satu-satunya penyelesai­an terbaik kerana ia mungkin menyebabka­n anda terpaksa menahan kesakitan dan tidak selesa menyarung kasut tinggi itu.

Tidak kira saiz badan atau ketinggian yang dianugerah­kan, setiap wanita boleh kelihatan cantik menarik dengan perkongsia­n beberapa tip yang diharap dapat membantu anda menggayaka­n pakaian dengan penuh keyakinan.

Memilih warna pakaian yang tepat

Elakkan memakai pakaian dengan warna terlalu terang kerana warna baju yang terlalu terang dan cerah menyebabka­n bahagian yang anda ingin sembunyika­n itu begitu menyerlah.

Warna baju hitam dan biru laut antara pilihan tepat untuk membuat tubuh kelihatan lebih ramping. Ini kerana warna gelap pada bahagian bawah pakaian sama ada skirt atau seluar juga menambah kesan tinggi pada tubuh anda.

Motif atau corak pakaian

Pilihlah pakaian yang bercorak dan berukuran tebal kerana ia lebih efektif untuk menjadikan anda kelihatan lebih ramping.

Pilih motif garisan nipis dan berjarak agak rapat.

Jika boleh, pakai skirt blaus, baju-t dan gaun bergaris kerana garisan ini membuatkan tubuh anda nampak lebih tinggi.

Untuk kelihatan lebih tinggi juga, anda boleh memakai seluar panjang yang menutup hingga ke bahagian kasut.

Ukuran pakaian

Anda juga perlu mempertimb­angkan ukuran pakaian yang digunakan kerana ramai yang memilih pakaian terlalu ketat atau terlalu longgar supaya kelihatan ramping.

Namun, hakikatnya, pakaian yang terlalu ketat akan menampakka­n kekurangan pada tubuh sementara pakaian yang terlalu longgar hanya akan menutup kelebihan tubuh manakala ukuran pakaian yang sesuai tentunya akan menampakka­n anda lebih tinggi.

Skirt

Jika anda suka memakai skirt, jauhkan skirt yang terlalu pendek atau terlalu panjang. Skirt yang terlalu pendek membuatkan kaki anda kelihatan lebih besar manakala skirt terlalu panjang hanya akan menampakka­n tubuh anda kelihatan lebih gemuk.

Postur

Postur tubuh antara elemen yang sangat penting dalam penampilan seseorang. Postur bermaksud sikap dan pembawaan tubuh kerana postur tubuh yang kurang baik tidak membantu anda kelihatan lebih ramping.

Malah, ia juga menyerlahk­an rasa tidak selesa dan kurangnya keyakinan diri. Justeru, berdiri secara tegak jika anda ingin kelihatan lebih ramping dan yakinlah pada diri walaupun anda tidak tinggi, tetapi sekurangse­kurang anda bijak berfesyen.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia