Berita Harian

Pastikan kemudahan sedia ada selamat

- Oleh Dr Irwan Mohammad Ali

Keterujaan kebanyakan murid untuk kembali ke sekolah tentu saja dapat difahami kerana sudah menjalani sesi pembelajar­an dalam talian bagi tempoh yang agak lama.

Pembukaan semula institusi pendidikan ini memberikan kelegaan kepada beberapa kategori pelajar misalnya mereka yang memerlukan lebih tumpuan bagi menghadapi peperiksaa­n khas.

Di sebalik kelegaan itu, semua warga institusi pendidikan juga harus sentiasa waspada dan kekal mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan memandangk­an risiko penularan masih wujud.

Kita yakin, semua warga institusi pendidikan dengan penuh komited sudah pun bersiap sedia menyambut kedatangan pelajar kembali ke sekolah dengan perancanga­n pematuhan SOP yang ketat.

Perkara yang menarik perhatian adalah kesediaan segala kelengkapa­n dan kemudahan institusi pendidikan untuk menerima pelajar masuk semula ke sekolah.

Di samping melaksanak­an pematuhan SOP yang ditetapkan, hal berkaitan kelengkapa­n dan kemudahan sekolah ini perlu diberi perhatian kerana ia berkait rapat dengan fungsi dan keselamata­n.

Dalam tempoh ketiadaan pelajar di institusi pendidikan ini, kemungkina­n besar terdapat beberapa fasiliti sedia ada mengalami kerosakan atas faktor kekerapan penggunaan, kesan cuaca dan persekitar­an, vandalisme dan lain-lain.

Justeru, pihak berkenaan disaran dapat mengambil tindakan yang proaktif dengan mengenal pasti fasiliti yang bermasalah dan melaksanak­an kerja membaik pulih atau larangan memasuki kawasan berkenaan.

Ini bagi memastikan tahap keselamata­n warga sekolah merangkumi guru dan murid ditingkatk­an di samping mengamalka­n SOP yang ketat.

Tentu saja kita tidak mahu juga mendengar berita malang yang dilaporkan berlaku atas faktor kecuaian, kegagalan atau kerosakan fasiliti yang menjejaska­n keselesaan dan keselamata­n warga.

Berita seperti guru terjatuh dari balkoni semasa persediaan pembukaan sekolah, siling bilik kuliah runtuh, pelajar dihempap tiang gol atau binatang berbisa bersarang di kawasan sekolah yang pernah dilapor sebelum ini biarlah menjadi iktibar dan peringatan bersama.

Bagaimanap­un, kita pasti pihak pengurusan institusi pendidikan sudah pun mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan fasiliti sedia ada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Selamat kembali ke sekolah!

 ??  ?? Semua warga institusi pendidikan juga harus sentiasa waspada dan kekal mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan memandangk­an risiko penularan masih wujud.
Semua warga institusi pendidikan juga harus sentiasa waspada dan kekal mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan memandangk­an risiko penularan masih wujud.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Koordinato­r Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Perak
Koordinato­r Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Perak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia