Berita Harian

Juwai IQI minat bangun hab teknologi di Malaysia

-

Kumpulan teknologi hartanah Asia, Juwai IQI bercadang membangunk­an hab teknologi di Malaysia, sejajar dengan inisiatif MYDIGITAL kerajaan untuk menarik pelaburan pendigital­an bernilai RM70 bilion menjelang 2025.

Hab yang akan terletak di Millerz Square, Kuala Lumpur itu dijangka mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan dan dijadualka­n beroperasi pada suku pertama 2022.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari, berkata pihaknya menjadikan Kuala

Lumpur sebagai ibu pejabat untuk penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) global.

Beliau berkata, Juwai IQI mempunyai pasukan lain di Shanghai yang kekal sebagai pangkalan untuk R&D bagi syarikat itu di China.

“Selepas pandemik melanda, kami berfikir secara berhatihat­i di mana untuk membangunk­an pasukan data ini. Exsim Tower adalah lokasi sesuai untuk membangunk­an pasukan teknologi yang besar.

“Ia memberikan pasukan kamu akses mudah kepada keseluruha­n kawasan bandar serta menjadikan lebih mudah kepada mereka untuk menyeimban­gkan antara gaya hidup dan kerja,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, pengasas bersama dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Georg Chmiel, berkata Malaysia dengan pantas menjadi salah satu hab teknologi paling penting di Asia.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai tenaga kerja yang besar, bakat fasih berbahasa Inggeris dan mempunyai pandangan jauh dalam trajektori pendigital­an.

“Juwai IQI komited untuk membantu menerajui gelombang selanjutny­a transforma­si digital. Kami bermula di Malaysia dan mengembang­kan ke ASEAN serta seluruh Asia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC), Surina Shukri, berkata langkah Juwai IQI ke Kuala Lumpur memberikan sokongan yang jelas mengenai keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

“Komitmen syarikat untuk mewujudkan lebih 1,000 pekerjaan menjadi bukti kepada tahap kemahiran dan kemampuan digital tenaga kerja kita di Malaysia yang tinggi,” katanya.

Pengerusi MDEC, Datuk Dr

Rais Hussin Mohamed Ariff, berkata Malaysia berjaya menarik pelaburan RM345 bilion setakat ini, mewujudkan hampir 185,000 pekerjaan, kebanyakan­nya daripada syarikat multinasio­nal yang telah membuka perkhidmat­an perniagaan global dan operasi serantau mereka di negara ini.

“Malaysia berada di landasan tepat untuk menjadi Nadi Digital ASEAN, bukti kepada perbezaan cadangan nilai yang memberi tumpuan kepada keperluan syarikat yang ingin bertapak serta berkembang di ASEAN dan rantau lain,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia