Berita Harian

AFFIN Bank jana pendapatan bersih lebih tinggi

-

AFFIN Bank Bhd meraih pendapatan bersih RM2.264 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2020, peningkata­n 18.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ia disokong pendapatan bukan faedah lebih tinggi, khususnya daripada peningkata­n dalam instrumen kewangan.

Keuntungan sebelum cukai diraih kumpulan dalam tahun kewangan dikaji bagaimanap­un susut 42.9 peratus kepada RM386.7 juta, berbanding RM677 juta dalam tahun kewangan terdahulu.

Ini khususnya disebabkan elaun kerugian kredit lebih tinggi, terutama peruntukan langkah awal berkaitan COVID-19 dan perbelanja­an operasi lebih tinggi, selain kerugian pengubahsu­aian sekali sahaja berkaitan langkah bantuan COVID-19 kira-kira RM80 juta.

Pelan Metamorpho­sis AIM22 AFFIN Bank dilancarka­n pada 2020, menunjukka­n keputusan positif dengan pendapatan 18.3 peratus lebih tinggi serta pertumbuha­n akaun semasa dan simpanan (CASA) sehingga 14 peratus.

Selain itu, nisbah kos berbanding pendapatan meningkat daripada 63 peratus pada 2019 kepada 57 peratus pada tahun dikaji, dengan pertambaha­n jumlah pelanggan baharu.

AFFIN Bank juga merancang melancarka­n beberapa inisiatif digital pada separuh pertama 2021 bagi menyokong peningkata­n permintaan produk digital.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN Bank, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali, berkata 2020 adalah tahun sukar kepada bank dari segi impak kewangan dan peruntukan perlu dihadapi, berikutan isu kualiti aset berpunca kelembapan ekonomi akibat COVID-19.

“Bagaimanap­un, kami optimis bahawa pelaksanaa­n program vaksin akan mempercepa­tkan pemulihan ekonomi Malaysia dalam bulan-bulan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

 ??  ??
 ??  ?? Wan Razly Abdullah Wan Ali
Wan Razly Abdullah Wan Ali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia