Berita Harian

Ahmad Tajudin dilantik Pengerusi Wasiyyah Shoppe

-

Ahmad Tajudin Abdul Rahman

Wasiyyah Shoppe Bhd, syarikat amanah patuh syariah mengumumka­n rombakan lembaga pengarahny­a dengan melantik Datuk Ahmad Tajudin Abdul Rahman sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa 2 Februari lalu.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, pelantikan beliau dibuat susulan persaraan Datuk Ahmad Khairummuz­ammil Mohd Yusof pada Disember 2020.

Memulakan kerjaya dalam bidang perbankan bersama Bank Bumiputera Malaysia Bhd Malaysia pada 1971, beliau berpengala­man 27 tahun dalam sektor perbankan dengan jawatan terakhir sebagai Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad sebelum bersara pada 1998.

Ahmad Tajudin juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dari 1998 sehingga 2013.

Kepakaran dan pengalaman beliau sebagai antara pelopor perbankan Islam di Malaysia diiktiraf apabila dilantik pula sebagai ahli Majlis Pengawasan Syariah Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia dari 2016 sehingga 2020.

Turut diumumkan adalah pelantikan ahli lembaga pengarah yang baharu, Tan Sri Aziah Ali berkuat kuasa 1 Mac 2021.

Aziah berpengala­man luas selama 40 tahun dalam perkhidmat­an perundanga­n dan kehakiman Malaysia.

Beliau sudah berkhidmat dengan kerajaan Malaysia dalam pelbagai jawatan perundanga­n dan kehakiman bermula tanggungja­wab sebagai penasihat undang-undang, Pesuruhjay­a Kehakiman, Hakim Mahkamah Tinggi Sivil, Hakim Mahkamah Rayuan sehingga menggalas tugas sebagai Hakim Mahkamah Persekutua­n sebelum bersara pada 2018.

Wasiyyah Shoppe yakin pelantikan kedua-dua tokoh berpengala­man luas dalam perbankan Islam dan perundanga­n ini mampu memberi sumbangan signifikan kepada usaha pemantapan tadbir urus korporat syarikat serta membantu memacu untuk kekal sebagai syarikat amanah patuh syariah peneraju di Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia