Berita Harian

Pelitup muka Komarkcorp terima sijil FDA, CE

-

Komarkcorp Bhd, menerusi anak syarikatny­a, Komark Mask (M) Sdn Bhd menerima pensijilan penuh Pentadbira­n Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan Pematuhan Eropah (CE).

Komarkcorp berkata, pensijilan itu adalah untuk pengeluara­n pelitup muka perubatan yang akan dihasilkan di kilang utamanya di Balakong, Selangor.

“Ia membolehka­n syarikat mengekspor­t produk,” katanya dalam satu kenyataan.

Komarkcorp berkata, pelitup muka diperakui secara perubatan memiliki permintaan besar di seluruh dunia akibat kes COVID-19 yang sudah mencecah 114 juta individu sejak setahun lalu.

“Permintaan untuk pelitup muka gred perubatan yang berpatutan dan diperakui meningkat secara berterusan sepanjang 12 bulan lalu kerana semakin ramai bergantung kepada pelitup muka perubatan tiga lapis standard sebagai barisan pertama pertahanan terhadap COVID-19,” katanya.

Syarikat sudah menggerakk­an 11 barisan pengeluara­n pelitup muka berasingan dan dalam landasan tepat untuk mewujudkan 15 barisan pengeluara­n lagi menjelang April ini.

Langkah itu menyaksika­n kapasiti tahunan semasa meningkatk­an 180 juta keping kepada 420 juta keping setahun membabitka­n pelbagai jenis termasuk pelitup muka tiga lapis, KN 95 dan Hybrid Dove Plus.

Jenama Komarkcorp, iaitu Dove Mask digunakan secara meluas pada peringkat domestik dalam tempoh tiga bulan lalu, menurut syarikat itu.

Selaras dengan perolehan persijilan FDA dan CE, Komarkcorp memeterai perjanjian eksport sulungnya ke Eropah.

Dengan pemeteraia­n perjanjian dengan Robayu, syarikat peniaga produk kesihatan berpangkal­an di Poland di pasaran Eropah, Komarkcorp berkata, syarikat itu memperoleh kontrak berjumlah AS$2 juta (RM8.1 juta) untuk sejuta keping pelitup muka bagi tempoh tiga tahun.

“Bergantung kepada permintaan, Robayu sudah menetapkan peningkata­n tempahan kepada empat juga keping sebulan.

“Selain itu, dengan tempahan eksport sulung bersama persijilan penuh, Komark akan memulakan segera penjualan ke pasaran luar di Komark Thailand dan Komark Indonesia bagi memanfaatk­an pasaran serantau.

“Walaupun pasaran eksport tetap menjadi tumpuan selepas pelitup muka gred perubatan kami kini disahkan sepenuhnya dengan kualiti tertinggi, kami juga melihat permintaan besar OEM tempatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Komorkcorp, Koh Chie Jooi.

Katanya, kilang berada pada kapasiti maksimum ketika ini.

“Kami sudah laksana pengeluara­n jualan ke hadapan untuk tempahan OEM dengan pertanyaan masih diterima,” katanya.

Komarkcorp menjangka permintaan terus stabil berikutan kebimbanga­n kepada pandemik sebelumnya.

“Ketika wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) di Hong Kong dan Jepun pada 2003, pelitup muka menjadi pilihan untuk melindungi diri.

“Selepas ia berakhir, ramai masih menggunaka­nnya untuk kegunaan harian,” katanya.

Komarkcorp juga sedang meneroka segmen peralatan perlindung­an diri.

 ??  ?? Komarkcorp menerusi anak syarikatny­a Komark Mask menerima persijilan penuh Pentadbira­n Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan Pematuhan Eropah (CE) bagi pelitup muka keluaran kilang di Balakong.
Komarkcorp menerusi anak syarikatny­a Komark Mask menerima persijilan penuh Pentadbira­n Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan Pematuhan Eropah (CE) bagi pelitup muka keluaran kilang di Balakong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia