Berita Harian

Bukan kewajipan Bangladesh terima pelarian Rohingya

-

Dhaka: Menteri Luar Bangladesh, AK Abdul Momen, berkata bukan kewajipan negaranya untuk melindungi 81 pelarian Rohingya yang terkandas hampir dua minggu di Laut Andaman.

Jumaat lalu, jurucakap kerajaan India berkata pengawal pantai menemui semua pelarian itu dengan lapan sudah meninggal dunia, dalam keadaan bersesakse­sak di atas sebuah bot nelayan. Kerajaan India juga sudah berhubung dengan kerajaan Bangladesh bagi urusan penempatan semula

semua pelarian berkenaan, selepas mereka memberi bantuan awal makanan dan perubatan.

Bagaimanap­un, Jumaat lalu, Momen berkata Bangladesh mengharapk­an India selaku negara terdekat atau Myanmar iaitu negara asal pelarian itu, menerima mereka.

“Mereka bukan warga Bangladesh dan hakikatnya mereka adalah warga Myanmar yang ditemui pada jarak 1,700 kilometer (km) dari wilayah maritim Bangladesh.

“Jadi, kami tidak ada kewajipan untuk menerima mereka yang ditemui kira-kira 147 km dari wilayah India dan 324km dari Myanmar.

“Adakah Bangladesh menandatan­gani kontrak global untuk menerima dan melindungi semua pelarian Rohingya atau orang yang menaiki bot di seluruh dunia? Negara dan pertubuhan lain perlu melindungi pelarian ini,” katanya.

Tambah beliau, Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sepatutnya bertanggun­gjawab kerana kebanyakan penumpang bot berkenaan adalah pemegang kad UNHCR dari pejabatnya di Bangladesh.

“Jika (pelarian itu) adalah pemegang kad UNHCR, mengapa mereka membenarka­n penyeludup manusia mengambil kad mereka dan menggunaka­n jalan laut yang merbahaya serta boleh mengakibat­kan kematian,” katanya.

Dalam pada itu, setakat ini, pegawai UNHCR mahupun kerajaan India masih belum dapat dihubungi bagi mendapatka­n komen lanjut.

Untuk rekod, bot membawa 90 pelarian Rohingya itu meninggalk­an Bangladesh pada 11 Februari lalu dan dipercayai menuju ke Langkawi, Malaysia. AGENSI

 ??  ?? AK Abdul Momen
AK Abdul Momen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia