Berita Harian

Johnson & Johnson dapat kelulusan bagi kegunaan kecemasan

-

Washington: Amerika Syarikat (AS) kelmarin memberi kelulusan untuk vaksin COVID-19 Johnson & Johnson bagi penggunaan kecemasan.

Ia adalah kelulusan ketiga diberikan oleh AS untuk vaksin COVID-19 bagi memerangi pandemik yang membunuh lebih 500,000 rakyatnya.

Pemangku Pengarah Pentadbira­n Makanan dan Ubatan (FDA) AS, Janet Woodcock, berkata kebenaran itu memperluas­kan lagi ketersedia­an vaksin.

“Ini adalah kaedah pencegahan perubatan terbaik untuk COVID-19 bagi membantu kami memerangi pandemik ini, yang sudah meragut lebih setengah juta nyawa di AS,” katanya.

Presiden AS, Joe Biden, dalam satu kenyataan, berkata vaksin sekali suntikan itu sangat berkesan untuk mencegah COVID-19 yang teruk, termasuk terhadap varian baharu, kata FDA sebelum memberikan kelulusan.

“Ini adalah berita baik bagi semua rakyat AS dan perkembang­an menggembir­akan dalam usaha kami mengakhiri krisis,” katanya.

Namun, beliau menggesa rakyat AS tetap waspada mematuhi amalan antivirus seperti penjarakan fizikal dan mengingatk­an bahawa varian baharu virus masih menjadi ancaman.

Dalam ujian klinikal besar-besaran, keberkesan­an vaksin Johnson & Johnson terhadap penyakit COVID-19 yang teruk adalah 85.9 peratus di AS, 81.7 peratus di Afrika Selatan, dan 87.6 peratus di Brazil.

Dalam perkembang­an berkaitan, penduduk AS kini boleh mendapatka­n vaksin di rangkaian farmasi berikutan keputusan pentadbira­n Biden memperluas­kan pemeroleha­n vaksin COVID-19.

Berbanding negara lain yang melaksanak­an program vaksinasi menerusi hospital dan klinik, pentadbira­n AS menyediaka­n vaksin di setiap negeri, yang kemudian boleh memutuskan bagaimana hendak mengedarka­nnya di kawasan masing-masing.

Pemberian vaksin secara langsung kepada farmasi mula dilaksanak­an 11 Februari lalu, di mana sebanyak sejuta dos seminggu diberikan kepada 6,500 farmasi runcit.

Jumlah dos itu kemudian ditingkatk­an kepada 2.1 juta seminggu dan merancang memasukkan lebih 40,000 lagi farmasi dalam senarai.

Sembilan daripada 10 orang Amerika tinggal dalam jarak lapan kilometer dari farmasi dan sudah terbiasa mendapatka­n suntikan selesema setiap tahun.

Kira-kira 14 peratus penduduk Amerika menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Pfizer-biontech atau Moderna.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia