Berita Harian

China hasilkan vaksin dos tunggal

Keberkesan­an Ad5-ncov cecah 90.98 peratus bagi cegah pelbagai penyakit

-

Beijing: China melancarka­n vaksin COVID-19 dos tunggal, Ad5-ncov, Jumaat lalu dengan keupayaan menghasilk­an 500 juta dos setahun.

Ad5-ncov sebelum ini mencipta sejarah sebagai calon vaksin pertama seumpamany­a di dunia yang memasuki fasa kajian klinikal peringkat pertama dimulakan pada 16 Mac 2020.

Ia adalah vaksin vektor adenovirus dibangunka­n secara kerjasama antara syarikat bioteknolo­gi China, Cansino Biologics dan sekumpulan penyelidik diketuai pakar penyakit berjangkit Institut Perubatan Ketenteraa­n, Akademi Sains Perubatan Tentera, Chen Wei.

Menurut laporan China Central Television (CCTV) Jumaat lalu, Ad5-ncov adalah satu-satunya vaksin COVID-19 dos tunggal yang diberikan kelulusan bersyarat untuk dilancarka­n di China.

Menerusi vaksin itu, individu yang divaksinas­i akan mendapat kesan perlindung­an selepas 14 hari menjalani inokulasi dan ia boleh bertahan sekurang-kurangnya enam bulan selepas diberikan dos tunggal.

Selain itu, Ad5-ncov boleh meningkatk­an imuniti badan sebanyak 10 hingga 20 kali sekiranya dos kedua disuntik dalam tempoh setengah tahun selepas dos pertama, kata Chen dalam temu bual eksklusif bersama CCTV.

“Kami juga membangunk­an vaksin yang kesannya lebih kuat dan mampu bertahan walaupun selepas divaksinas­i lebih daripada enam bulan,” katanya.

Menurut data yang dikeluarka­n, Chen dan penyelidik lain meramalkan kesan vaksin itu boleh melindungi tubuh selama dua tahun selepas menerima dua suntikan.

Tambah Chen, antara ciri penting vaksin Ad5-ncov ialah proses pengeluara­nnya boleh dibuat lebih pantas dan dalam skala yang besar.

Menurutnya lagi, dalam analisis interim yang dilaksanak­annya, kadar keberkesan­an vaksin itu mencecah sehingga 90.98 peratus bagi mencegah pelbagai penyakit berbahaya.

Setakat ini, katanya, belum ada reaksi buruk berkaitan vaksin itu dilaporkan dalam kalangan penduduk yang dilaporkan termasuk jika dibandingk­an dengan vaksin lain.

Antara ciri penting vaksin Ad5-ncov ialah proses pengeluara­nnya boleh dibuat lebih pantas dan dalam skala yang besar.

Chen Wei, Pakar penyakit berjangkit Institut Perubatan Ketenteraa­n, Akademi Sains Perubatan Tentera

 ?? (Foto EPA) ?? Orang ramai berbaris bagi mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19 di pusat inokulasi di Beijing, China.
(Foto EPA) Orang ramai berbaris bagi mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19 di pusat inokulasi di Beijing, China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia