Berita Harian

Lebih 300 didakwa kes rusuhan di Capitol AS

-

Washington: Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mendakwa lebih 300 individu kerana mengambil bahagian dalam rusuhan di bangunan Capitol AS.

Pemangku Timbalan Peguam Negara, John Carlin, berkata rusuhan didalangi penyokong bekas presiden, Donald Trump, itu menyaksika­n sekurang-kurangnya 280 orang ditahan pada hari kejadian.

“Siasatan terhadap mereka yang bertanggun­gjawab dalam rusuhan itu bergerak dalam skala dan kelajuan yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

“Mereka yang melakukan perbuatan ini mesti bertanggun­gjawab,” katanya.

Khamis lalu, Pemangku Ketua Polis Capitol, Yogananda Pittman, memberitah­u Kongres bahawa penyokong Trump menyatakan mereka meletupkan bangunan itu.

Pittman turut menyuaraka­n kebimbanga­n berikutan kumpulan ekstremis itu menyasarka­n Kongres ketika Presiden AS, Joe Biden, menyampaik­an ucapan.

Jumaat lalu, pegawai kanan Biro Siasatan Persekutua­n (FBI), yang memberi maklum balas berhubung ancaman berkenaan, berkata pihaknya sedang memantau kes itu secara terperinci.

Ia bagi memastikan sama ada terdapat individu yang berniat jahat untuk menyerang atau terbabit dalam rusuhan berkenaan.

FBI sebelum ini turut menjalanka­n siasatan sama ada pergerakan haluan kanan seperti Oath Keepers dan Proud Boys bersekongk­ol untuk menghalang perakuan pilihan raya.

Sekurang-kurangnya 18 individu yang berkaitan dengan kumpulan Proud Boys didakwa kerana dipercayai ada kaitan dengan rusuhan berkenaan.

Pada bulan ini, pendakwa raya turut mendakwa sembilan individu iaitu ahli Oath Keepers, atas pertuduhan cuba menyerang bangunan Capitol pada November 2020.

Pegawai Kanan FBI turut memberitah­u wartawan, keganasan domestik terus meningkat sejak beberapa tahun kebelakang­an ini dan kumpulan pengganas anti-kerajaan menyasarka­n ancaman terbesar pada tahun lalu.

“2020 tahun mencabar bagi kami, di mana berlaku keganasan di seluruh negara, yang tidak pernah disaksikan beberapa dekad sebelum ini,” katanya. AGENSI

 ?? (Foto AFP) ?? Rusuhan di Bangunan Capitol pada 6 Januari lalu cetus kebimbanga­n terhadap ancaman keganasan di Amerika Syarikat menyebabka­n kawalan lebih ketat dilaksana. DOJ mendakwa lebih 300 individu terbabit dalam rusuhan berkenaan.
(Foto AFP) Rusuhan di Bangunan Capitol pada 6 Januari lalu cetus kebimbanga­n terhadap ancaman keganasan di Amerika Syarikat menyebabka­n kawalan lebih ketat dilaksana. DOJ mendakwa lebih 300 individu terbabit dalam rusuhan berkenaan.
 ?? (Foto AFP) ?? Mohammed bin Salman (kanan) ketika tiba pada acara kejuaraan Formula E di pinggir Riyadh, semalam.
(Foto AFP) Mohammed bin Salman (kanan) ketika tiba pada acara kejuaraan Formula E di pinggir Riyadh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia