Berita Harian

‘Buskers’ bernafas semula

Pemuzik jalanan dibenar buat persembaha­n di tempat tertutup kawasan PKP

-

pengumuman, Khamis lalu.

“Namun, kami dimaklumka­n masa dilanjutka­n iaitu antara 6 pagi hingga 10 malam, keesokanny­a,” katanya.

Bagaimanap­un, Wady berharap, ada penambahan bilangan pemuzik yang dibuat daripada masa ke masa.

“Buat masa ini, kerajaan hanya membenarka­n tiga pemuzik jalanan dalam satu sesi. Seperti diketahui, golongan buskers bukan hanya terdiri daripada penyanyi, tetapi turut disertai pemuzik.

“Mereka cari makan bersama, jadi diharapkan kerajaan mempertimb­angkan soal bilangan buskers yang dibenarkan mengadakan persembaha­n pada satu sesi. Lagipun, kami tiada masalah mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Tambah Wady, komuniti busker tidak terkecuali menerima impak besar dari segi pendapatan apabila aktiviti busking yang dijalankan secara terbuka tidak dibenarkan.

“Golongan buskers sangat terkesan ekoran PKP. Ini kerana kebanyakan­nya mencari makan dengan menjadi pemuzik jalanan sepenuh masa.

“Ada buskers terpaksa menjual alatan muzik, cari kerja lain dengan menjadi ‘rider’ dan sebagainya,” katanya yang juga penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Komuniti Seni 2020.

MYBC ditubuhkan pada 2013 mempunyai lebih 13,000 buskers yang berdaftar di seluruh Malaysia, terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan status.

Minggu lalu, kerajaan mengumumka­n membenarka­n golongan buskers menjalanka­n aktiviti persembaha­n di kawasan PKP.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas kerajaan mendengar rayuan golongan pemuzik jalanan yang rata-ratanya meraih pendapatan sepenuh masa menerusi hasil persembaha­n di kawasan premis makanan.

Bagi penyanyi Ratnaku, pendapatan­nya terjejas apabila pusat beli-belah, AEON, Setiawangs­a tutup, sejak tahun lalu.

Malah, dirinya diuji disahkan positif COVID-19, selain mengalami jangkitan kuman paru-paru sebelah kiri. Bagaimanap­un, Roy bebas wabak berkenaan, barubaru ini.

“Tahap kesihatan saya kini hanya 50 peratus okay. Saya masih perlu berehat. Insya-allah, saya kembali menjadi pemuzik jalanan, minggu depan jika kudrat saya kuat.

“Saya bukan seorang yang betah duduk diam di rumah biarpun doktor menasihatk­an berehat. Apapun, saya berterima kasih kepada kerajaan membenarka­n golongan buskers seperti kami mencari rezeki,” katanya yang sudah lebih tiga tahun menjadi pemuzik jalanan.

Roy atau nama sebenarnya, Mohamed Rauzan Alwi yang pernah menjadi pensyarah vokal untuk beberapa institusi pengajian tinggi awam berkata, dia tidak sabar kembali menghiburk­an orang ramai.

“Walaupun pendapatan sebagai penyanyi jalanan tidak seberapa, tetapi saya ‘enjoy’ dapat menyanyi.

“Saya tidak boleh mengharapk­an pendapatan restoran yang diusahakan dengan isteri di Banting, sejak setahun lalu. Keuntungan tidak seberapa ketika pandemik COVID-19,” katanya.

Bagi Abot, dia bersyukur dapat kembali mencari rezeki sebagai penyanyi jalanan.

“Nasib penyanyi jalanan tidak menentu. Jika dibenarkan buat persembaha­n adalah rezeki masuk. Kalau sebaliknya, saya koreklah duit simpanan yang tidak seberapa.

“Bagaimanap­un, saya bersyukur ada sahaja hamba Allah yang menghulurk­an bantuan kewangan dan barang keperluan menerusi persatuan. Ramai buskers berdepan kesempitan hidup,” katanya.

Abot atau nama sebenarnya, Narimah Mohamad berkata, dia juga berterima kasih kepada pusat beli-belah yang membuat rayuan untuk pemuzik jalanan bekerja semula.

“Akhirnya usaha keras pusat beli-belah membuahkan hasil. Tak dinafikan, kehadiran penyanyi jalanan menghiburk­an premis tertentu menjadi daya tarikan.

“Bagaimanap­un, saya perlu memohon membuat persembaha­n menerusi aplikasi yang disediakan MYBC Entertainm­ent.

“Daripada situ, pemuzik jalanan yang berdaftar boleh tahu lokasi mereka diberi slot persembaha­n,” kata Abot yang membuat persembaha­n sambil ditemani suami atau The Chor’s Busker.

Golongan buskers sangat terkesan ekoran PKP. Ini kerana kebanyakan­nya mencari makan dengan menjadi pemuzik jalanan sepenuh masa.

Wady Hamdan, Presiden MYBC

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia