Berita Harian

FDAM sedia berbincang

Draf SOP sudah diserah kepada MKN

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) mohon Majlis Keselamata­n Negara (MKN) mempertimb­angkan permohonan warga penggiat industri kreatif untuk aktiviti penggambar­an luar studio dengan segera.

Presiden FDAM, Ahmad Ibrahim berkata, MKN perlu menyatakan pendirian terhadap draf prosedur operasi standard (SOP) penggambar­an luar studio yang dihantar menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan FDAM sejak sebulan lalu.

“Kami sudah memenuhi permintaan MKN dengan mengemukak­an draf SOP. FINAS juga sudah menghantar­nya. Kami sudah pun melaksanak­an peraturan dalam SOP termasuk melakukan ujian calitan terhadap kru dan pelakon.

“Bagaimanap­un, kenapa MKN masih tidak memberi kelonggara­n hingga hari ini? Apa lagi yang dimahukan daripada kami? Kami hanya ingin kepastian, tetapi hingga kini, belum menerima jawapan,” katanya kepada HIP.

Ahmad berkata, FDAM sedia berbincang dengan MKN bagi menjelaska­n secara terperinci proses penggambar­an.

“Kami bersedia dipanggil pada bila-bila masa. Ini adalah soal survival warga penggiat seni kreatif. Kami tidak mampu lagi menunggu.

“Selain FDAM, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Pekerja Profesiona­l Filem Malaysia (PROFIMA) dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) juga menyatakan pendirian yang sama.

“Sebagai peneraju penggambar­an di lokasi, pengarah bertanggun­gjawab terhadap semua isu produksi.

“Sampai bila kami harus menunggu? Sedangkan negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand sudah pun memberikan kelonggara­n syarat penggambar­an di luar studio,” katanya.

Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mat London berkata, warga penggiat seni industri mempunyai stigma, industri seni tidak pernah dianggap sebagai penyumbang kepada ekonomi negara kerana sering dipinggirk­an.

“Sabah pun sudah membenarka­n penggambar­an luar studio. Mesyuarat dalam dewan sudah dibenarkan antara 300 hingga 500 orang.

“Kami pula hanya mohon kebenaran aktiviti penggambar­an di luar studio yang hanya membabitka­n antara 30 hingga 40 kru. Itupun dalam kawalan yang ketat,” katanya.

Katanya, hanya segelintir warga produksi dapat menjalanka­n aktiviti penggambar­an di kawasan tertutup.

“Itupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan. Ini termasukla­h pemilik rumah tidak mahu menyewakan kediaman untuk penggambar­an. Jika adapun, jiran pula bising hingga panggil polis.

“Jujurnya, pelbagai kesusahan dihadapi warga penggiat seni ketika penggambar­an di kawasan tertutup,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Warga penggiat industri kreatif mohon kebenaran penggambar­an luar studio.
(Foto hiasan) Warga penggiat industri kreatif mohon kebenaran penggambar­an luar studio.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia