Berita Harian

Ashraf tubuh NGO bantu masjid, golongan asnaf

-

Usaha pelakon, Ashraf Muslim bukan sekadar menghantar sumbangan dan turun padang dalam kerja kemanusiaa­n, malah berhasrat menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menjalanka­n misi bantuan kepada individu yang memerlukan.

Impian menubuhkan NGO mula tercetus apabila pelakon drama Biar Aku Jadi Penunggu dan Dia Menantu Rahsia itu giat menjalanka­n misi kemanusiaa­n seperti Misi Khas Bantuan Banjir di Masjid Kampung Lechar, Ulu Dong, Pahang yang musnah teruk, baru-baru ini.

“Nama pertubuhan sudah ada, tetapi masih belum boleh dikongsi. Insya-allah, saya akan umumkan tidak lama lagi. Ini kerana saya masih dalam usaha mendaftar dan sebagainya.

“Jika ikutkan, sudah lama saya berhasrat menubuhkan NGO ini. Jujurnya, jiwa saya lebih ke arah aktiviti kemanusiaa­n, tetapi mungkin baru sekarang dibukakan jalan.

“Sekarang pun sedang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi aktiviti penggambar­an tidak boleh dijalankan di kawasan terbuka. Saya pula hanya duduk di rumah.

“Jadi, lebih baik saya melakukan perkara yang Allah suka. Mengapa tidak saya menggunaka­n peluang ini untuk membantu golongan memerlukan seperti golongan asnaf, masjid, mangsa banjir dan sebagainya,” katanya kepada HIP.

Ashraf berkata, dia memperoleh kekuatan apabila ramai rakan-rakan berhasrat menyertai NGO yang ditubuhkan untuk misi kemanusiaa­n.

Berkongsi mengenai misi bantuan di Pahang, baru-baru ini, Ashraf bersyukur mendapat sokongan sangat baik daripada pelbagai pihak.

“Saya tak sangka boleh mengumpulk­an RM18,000 dalam tempoh tiga hari untuk membantu Masjid Kampung Lechar, Ulu Dong yang perlu menggantik­an permaidani baharu disebabkan musnah teruk akibat banjir, baru-baru ini.

“Alhamdulil­lah, saya dan pasukan berjaya memasang permaidani masjid supaya orang kampung boleh menunaikan solat jemaah seperti biasa.

“Saya hanya berkongsi dalam laman Instagram, tetapi tidak sangka, ramai pula bermurah hati mahu membantu. Saya boleh mencari syarikat besar untuk mendapatka­n sumbangan, tetapi kali ini, hati saya tergerak mahu berkongsi dengan pengikut dalam laman sosial.

“Apa salahnya berkongsi pahala dan rezeki bersama mereka pula,” katanya.

 ?? (Foto IG Ashraf Muslim) ?? Ashraf banyak melakukan misi kemanusiaa­n termasuk mencari sumbangan membaiki masjid yang rosak akibat banjir.
(Foto IG Ashraf Muslim) Ashraf banyak melakukan misi kemanusiaa­n termasuk mencari sumbangan membaiki masjid yang rosak akibat banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia