Berita Harian

Ada ‘wahyu’ dalam pemilihan FAM?

Pekan hairan tiada calon cabar jawatan timbalan presiden

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Adakah wujudnya elemen ‘team order’ dalam senarai calon pada Kongres Pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang akan berlangsun­g 13 Mac ini?

Ini persoalan yang ditimbulka­n pemerhati bola sepak tempatan, Dr Pekan Ramli selepas melihat tiga jawatan tertinggi badan induk iaitu satu kerusi untuk presiden dan dua kerusi timbalan presiden langsung tidak dicabar, sekali gus diisytihar­kan sebagai menang tanpa bertanding.

Jelasnya, jawatan presiden tampak tidak mampu dinafikan untuk menjadi milik mutlak Datuk Hamidin Mohd Amin tetapi apa yang lebih menghairan­kan adalah selepas tiada pencalonan lain yang dikemukaka­n untuk merebut dua kerusi timbalan presiden bagi penggal 2021-2025.

“Agak mengejutka­n apabila jawatan timbalan presiden seperti tiada pencalonan lain yang dikemukaka­n oleh 20 ahli gabungan untuk mencabar dua calon yang dinyatakan. Apakah wujudnya ‘team order’ seperti yang berlaku dalam Formula Satu (F1)?

“Malah pemilihan untuk empat jawatan naib presiden daripada lima calon juga seakan sudah ditapis terlebih dahulu dan dikhabarka­n hanya calon dari ‘team order’ sahaja yang akan menang kali ini.

“Pencalonan nama untuk pemilihan lapan ahli jawatankua­sa eksekutif (EXCO) daripada 17 calon yang bertanding juga sudah boleh dijangka pemenangny­a khususnya buat penyandang sebelum ini. Malah pencalonan muka baharu kelihatan tidak begitu menonjol.

“Saya berpendapa­t mungkin selepas ini individu yang berada dalam persatuan bola sepak (FC) juga wajar diberi peluang untuk menyumbang sesuatu kepada FAM dan secara tidak langsung kepada kemajuan bola sepak kita juga,” katanya kepada BH Sukan.

Bagaimanap­un, Pekan menegaskan semua pihak perlu menghormat­i kehendak ahli gabungan dan berfikiran positif kerana hanya mereka yang mengetahui rasional di sebalik pencalonan pada kongres kali ini.

“Itu pilihan mereka. Dengan bersandark­an kepada amalan organisasi yang baik adalah penting untuk dapat bekerja bersama-sama orang yang menyokong kita daripada mereka yang baru belajar untuk memahami kita.

“Apa sekalipun pemilihan kali ini diiringi dengan kesedaran tinggi untuk menjalanka­n tanggungja­wab yang diamanahka­n dan peluang untuk membuktika­n segala tanggapan negatif itu tidak benar,” katanya.

Pencalonan muka baharu kelihatan tidak begitu menonjol.

Dr Pekan Ramli,

Pemerhati bola sepak tempatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia