Berita Harian

Berapa mata pula kali ini?

-

Kuala Lumpur: Berapa ‘tiang’ pula Johor Darul Ta’zim (JDT) akan meninggalk­an pasukan di tangga kedua musim ini selepas sekali lagi dijangka meneruskan dominasi dengan kejuaraan Liga Super buat kali kelapan berturuttu­rut?

Pada musim lalu, skuad Harimau Selatan itu menjuarai Liga Super buat kali ketujuh berturuttu­rut dengan berkelebih­an tujuh mata mengatasi naib juara, Kedah, manakala pada musim 2019 pula, mereka berada 10 mata di depan mengatasi Pahang sebagai naib juara musim itu.

Pada musim 2018 pula, mereka meninggalk­an naib juara musim itu, Perak dengan 23 mata sementara mereka menamatkan musim 2017 dengan kelebihan sembilan mata di atas Pahang.

Justeru, mungkinkah 11 lagi pasukan lain dalam Liga Super sekadar berpuas hati 'berebut' untuk menamatkan saingan di tangga kedua terutama apabila ada yang masih berdepan pelbagai masalah ketika saingan belumpun membuka tirainya?

Jurulatih berpengala­man yang pernah memenangi gelaran ‘double treble’, Azraai Khor Abdullah mengakui JDT dilihat bakal berdepan laluan mudah dan berpeluang memenangi liga lebih awal seperti tahun sebelumnya.

“Kita lihat persiapan mereka tiada cacat cela, tiada masalah yang berlaku selain konsistens­i yang dipamerkan dalam setiap perlawanan. Walaupun ada isu dengan import sebelum ini tetapi saya percaya import yang akan menggantik­an pemain itu pun pastinya berkualiti.

“Kita tidak boleh nafikan apa yang JDT lakukan dari segi barisan pemain, fasiliti, pembanguna­n, semuanya lengkap. Dengan sumber yang mereka ada, juara Liga Super akan kekal menjadi milik JDT,” katanya.

Pada masa sama, Azraai menyifatka­n beberapa masalah yang sedang membelengg­u beberapa pasukan ketika ini merencatka­n persiapan pasukan, sekali gus menyukarka­n mereka untuk menyaingi kehebatan skuad Harimau Selatan itu.

“Kita dengar ada pasukan yang berdepan masalah kewangan dan masalah lain. Selagi masalah sama terus berulang, selagi itulah mereka tidak dapat mencabar JDT.

“Mungkin kalau mereka dapat selesaikan masalah itu dengan segera, selepas satu atau dua perlawanan, barulah kita dapat tengok mereka memberi cabaran seperti yang diharapkan,” katanya.

JDT akan membuka kempen musim ini dengan menentang Kedah pada aksi sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah, Jumaat ini.

Azraai Khor Abdullah

Perbezaan mata antara JDT dan pasukan naib juara

2020: 7 mata

2019: 10 mata

2018: 23 mata

2017: 9 mata

2016: 15 mata

2015: 7 mata

2014: 3 mata

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia