Berita Harian

Selangor FC tak panik

-

Kuala Lumpur: Kegagalan Selangor FC meraih kemenangan ke atas KL United, kelmarin tampak mencalar rekod bersih mereka yang cemerlang memenangi dua perlawanan pramusim menentang PDRM dan PJ City sebelum ini.

Malah, tidak keterlalua­n untuk menganggap masih ada lagi ‘kerja rumah’ yang perlu dilakukan pengendali­nya, Karsten Neitzel sekiranya mahu muncul sebagai pencabar kejuaraan Liga Super pada musim ini apatah lagi dengan tempoh persiapan yang singkat.

Apapun, pengendali dari Jerman itu melihat keputusan perlawanan yang tidak berpihak kepada mereka itu secara positif, namun menuntut peningkata­n daripada anak buahnya ketika saingan Liga M akan bermula kurang seminggu lagi.

“Perlawanan malam ini (kelmarin) memang membantu kami kerana kami menentang lawan yang baik. Persembaha­n pemain agak baik tetapi kita pun baru menjalani latihan selama 12 hari.

“Apa yang dimahukan adalah peningkata­n. Kita sudah bermain tiga perlawanan persahabat­an dan tidak dibolosi. Kita perlu perbaiki aspek penyudah kerana kita banyak mencipta peluang tetapi tidak berjaya untuk menjaringk­an gol selepas 90 minit dalam perlawanan ini.

“Sudah tentu saya kecewa kerana kami mahu menang semua perlawanan. Tetapi lebih penting untuk kita sentiasa positif dan ada lebih kurang seminggu lagi, kita akan gunakan sepenuhnya untuk membetulka­n kelemahan,” katanya.

Pada ‘Aksi Tetangga Lembah Klang’ bagi merebut Piala Prihatin di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, skuad The Red Giants tewas 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti di tangan KL United selepas tiada jaringan dihasilkan dalam tempoh 90 minit.

Sebagai rekod, Selangor FC akan membuka tirai Liga Super menentang Sri Pahang FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Sabtu ini.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Aksi Pemain KL United FC, Nik Mohd Shahrul Azim (kiri) bersaing dengan pemain Selangor FC, R Dinesh ketika perlawanan Piala Prihatin Menteri Wilayah 2021 di Stadium KLFA, Cheras.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Aksi Pemain KL United FC, Nik Mohd Shahrul Azim (kiri) bersaing dengan pemain Selangor FC, R Dinesh ketika perlawanan Piala Prihatin Menteri Wilayah 2021 di Stadium KLFA, Cheras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia