Berita Harian

Zii Jia tekad ‘smash’ Eropah

-

Kuala Lumpur: Selepas bergelut mencapai tahap prestasi terbaik, pemain perseorang­an lelaki utama negara, Lee Zii Jia merasakan dia perlu membuat sesuatu pada dua pertanding­an utama di Eropah bermula dengan kejohanan badminton Terbuka Switzerlan­d di Basel, bermula esok.

Secara peribadi, Zii Jia yang enggan meletakkan tekanan terhadap dirinya pada kejohanan berstatus Super 300 itu, mengintai peluang memperbaik­i pencapaian dalam dua kejohanan terdahulu dan tampil dengan permainan lebih kemas bagi meraih keputusan positif.

Ketiadaan jurulatih perseorang­an lelaki, Datuk Tey Seu Bock di Switzerlan­d tidak menjejaska­n tumpuan pemain berusia 22 tahun itu yang optimis mampu bekerjasam­a bersama Pengarah Kejurulati­han Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann.

“Memang saya rasa kena ada keputusan yang baik di Eropah tetapi pada masa sama saya juga tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri. Saya akan berusaha sebaiknya dan yang penting sekarang saya sedang mencari kesesuaian corak

Lee Zii Jia

permainan.

“Kita tidak boleh buat apa (ketiadaan Seu Bock) kerana ia pada saat-saat akhir, di sana juga masih ada jurulatih Choong Hann dan kita berbincang banyak perkara. Saya rasa tiada masalah bersama Choong Hann,” katanya dalam klip video disediakan BAM, semalam.

Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan antara pemain yang berlepas ke Basel, malam kelmarin dalam usaha memperbaik­i kedudukan ranking masing-masing.

Katanya, ketiadaan ramai nama besar perlu dimanfaatk­an bagi memburu mata untuk mencerahka­n peluang menempah slot ke temasya Sukan Olimpik di Tokyo pada Julai depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia