Berita Harian

CKJ Racing mahu sejarah 2019 berulang

-

Kuala Lumpur: PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ Racing tidak banyak melakukan perubahan besar bagi mengharung­i kempen Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2021 dengan gelaran berganda seperti dikecapi musim 2019 menjadi sasaran utama mereka.

Pengurus teknikal pasukan, Mohammad Syafari Saad, berkata, untuk musim ini pasukan bakal mempertaru­hkan lima jentera, tiga dalam kelas perdana CP150 dan bakinya di kelas CP125.

Bagi kelas CP150, pasukan mengekalka­n pelumba sedia ada dan berpengala­man, Md Affendi Rosli, Ahmad Afif Amran dan Md Aiman Tahiruddin, manakala kelas pertengaha­n CP125 disertai Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff dan juara WIRA tahun lalu, Rahimi Nabil Razu.

“Kami sentiasa menilai apa yang berlaku pada tahun lalu. Salah satunya disebabkan COVID-19 yang menjadikan pasukan tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan banyak perkara dari sudut kajian serta membataska­n latihan kami.

“Bagi musim ini, kami mengharapk­an persediaan yang lebih baik memandangk­an ada perubahan dari sudut peraturan untuk lebih bersedia berlumba di litar besar. Seperti tahun lalu, sepatutnya banyak pusingan berlangsun­g di litar biasa namun apabila COVID-19, penganjur terpaksa mengubahny­a kepada litar tetap.

“Litar tetap ini contohnya seperti Litar Sepang dan litar ini besar. Jadi, untuk CP150 di litar yang besar, biasanya kelebihan itu memihak kepada Honda kerana ‘throttle body’ yang besar.

“Jadi untuk bersedia, Yamaha memohon perubahan peraturan dan tahun ini peraturan itu berubah dan ini bermakna tidak ada (kelebihan) untuk mana-mana motosikal sama ada Honda atau pun Yamaha. Jadi, itu persediaan yang positif untuk pasukan,” kata Syafari atau lebih dikenali dengan panggilan Amer ketika dihubungi.

Mengulas mengenai sasaran, Amer berkata, mereka mahu kembali memburu status juara berganda seperti diraih pada 2019 yang menyaksika­n pasukan membolot empat gelaran iaitu juara keseluruha­n dan pasukan terbaik masingmasi­ng dalam kelas CP150 dan CP115 (kini CP125).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia