Berita Harian

Sisa kilang punca pencemaran Sungai Kim Kim

Hujan lebat hanyutkan bukti pelepasan toksik, tiada bau busuk dikesan

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Pasir Gudang: Siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesyaki, pelepasan air sisa aktiviti kilang dan industri di sepanjang Sungai Kim Kim di sini, menjadi punca pencemaran terbaru terhadap saliran itu, hingga menyebabka­n airnya dilaporkan hitam dan berbau.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata setakat ini pemantauan mendapati kejadian itu bukan disebabkan pembuangan bahan buangan berjadual seperti insiden pencemaran toksik terhadap sungai berkenaan dua tahun lalu.

Beliau berkata, ketika anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS) meninjau lokasi kejadian semalam untuk siasatan, tompokan minyak seperti didakwa penduduk tidak kelihatan, selain tiada bau busuk dikesan kerana hujan lebat sehari sebelumnya.

“Dron turut diterbangk­an di sekitar kawasan aduan, selain penguat kuasa JAS turut menyusuri Sungai Kim Kim bagi mengesan sebarang punca boleh disyaki menyebabka­n pencemaran.

“Bagaimanap­un, pengesanan menggunaka­n dron tidak menemui kesan pencemaran. Justeru, kita mohon penduduk yang melihat kesan pencemaran, terutama di sungai supaya segera hubungi JAS bagi membolehka­n siasatan dilakukan serta-merta.

“Paling utama bukti pencemaran tidak hilang bagi membolehka­n punca dikenal pasti, selain pencemaran tidak bertambah kritikal,” katanya pada sidang media selepas meninjau projek pengindaha­n Denai Sungai Kim Kim di sini, semalam.

Kelmarin, JAS Johor dilaporkan mengesyaki berlaku pembuangan sisa kimia lebih besar di Sungai Kim Kim, berbanding insiden pencemaran sisa toksik yang berlaku di situ dua tahun lalu.

Pengarahny­a, Dr Famey Yusoff, dilaporkan berkata, kesimpulan awal itu dibuat berdasarka­n maklumat penduduk Kampung Bukit Pulai yang melaporkan kejadian air sungai berkenaan bertukar hitam berlaku sejak sebulan lalu.

Sementara itu, ditanya tindakan JAS bagi memastikan Sungai Kim

Kim tidak terus tercemar, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan terus memantau sungai itu bagi memastikan insiden dua tahun lalu tidak berulang.

“Sebenarnya Sungai Kim Kim diletakkan sebagai keutamaan JAS Johor, termasuk pemantauan berterusan bagi memastikan tiada pencemaran kritikal berlaku.

“Mengenai sisa dibuang ke dalam sungai ini sejak sebulan lalu pula, bahan sebenar tidak dapat dikenal pasti kerana hujan lebat menyebabka­n sisa pencemaran hilang dan sampel sebenar tidak dapat diperoleh,” katanya.

Kita mohon penduduk yang melihat kesan pencemaran, terutama di sungai supaya segera hubungi JAS bagi membolehka­n siasatan dilakukan serta-merta.

Tuan Ibrahim Tuan Man,

Menteri Alam Sekitar dan Air

 ??  ??
 ??  ?? Air Sungai Kim Kim keruh dan hitam lima hari lalu. Gambar kanan, tompokan minyak dan bau busuk seperti didakwa penduduk tidak kelihatan di Sungai Kim Kim kerana hujan lebat kelmarin.
Air Sungai Kim Kim keruh dan hitam lima hari lalu. Gambar kanan, tompokan minyak dan bau busuk seperti didakwa penduduk tidak kelihatan di Sungai Kim Kim kerana hujan lebat kelmarin.
 ?? (Foto Zain Ahmed /BH) ?? Tuan Ibrahim (kanan) bersama Mohd Famey membuat tinjauan di kawasan Sungai Kim Kim di Kampung Bukit Pulai, Pasir Gudang, semalam.
(Foto Zain Ahmed /BH) Tuan Ibrahim (kanan) bersama Mohd Famey membuat tinjauan di kawasan Sungai Kim Kim di Kampung Bukit Pulai, Pasir Gudang, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia