Berita Harian

Malaysia minta tambah kuota haji

Perdana Menteri turut pelawa lebih banyak syarikat Arab Saudi labur di Kuala Lumpur

-

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Bin Raja Salman di Riyadh, semalam meminta Arab Saudi meningkatk­an kuota rasmi bagi jemaah haji dari negara ini. Perdana Menteri turut meminta Arab Saudi menimbang memberi kuota haji tambahan di samping membenarka­n jemaah umrah Malaysia menunaikan ibadah itu dalam tempoh terdekat. Beliau juga menyatakan minat Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOB) membuka pejabat di Arab Saudi, selain kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Pertubuhan Standard, Metrologi dan Kualiti Arab Saudi (SASO) dalam pembanguna­n industri halal.

Riyadh: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukak­an permohonan, agar kuota rasmi jemaah haji dari Malaysia, ditingkatk­an oleh Kerajaan Arab Saudi, daripada 31,600 orang ketika ini.

Selain kuota rasmi, Perdana Menteri turut menyampaik­an permohonan mendapatka­n kuota tambahan jemaah haji ekoran pertambaha­n penduduk Malaysia yang kini seramai 31.95 juta orang.

Pada masa sama, Malaysia juga meminta Kerajaan Arab Saudi membenarka­n jemaah umrah negara ini, diberikan peluang kembali menunaikan ibadah itu dalam tempoh terdekat.

Permintaan berkenaan disampaika­n Perdana Menteri di dalam pertemuan bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Bin Raja Salman, di sini, semalam.

Perundinga­n dan perbincang­an berkaitan kuota jemaah haji dan umrah adalah di antara fokus lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri ke Arab Saudi.

Ia termasuk menginstit­usikan Inisiatif Makkah Road yang antara lain bertujuan memudahkan praperlepa­san jemaah.

Berkaitan bidang perdaganga­n, Perdana Menteri juga menyatakan hasrat Malaysia membuka pejabat Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Arab Saudi.

Pada sesi itu, Muhyiddin turut menyatakan keyakinan potensi Malaysia menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk bekerjasam­a dengan Pertubuhan Standard, Metrologi dan Kualiti Arab Saudi (SASO) dalam industri halal.

Perdana Menteri dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, berada di sini sejak Sabtu bagi lawatan rasmi atas jemputan Raja Salman, kali pertama sejak menjawat jawatan pada Mac tahun lalu.

Turut dibincangk­an dalam pertemuan itu ialah mengenai isu kepentinga­n bersama kedua-dua negara sebelum beliau diraikan pada majlis makan.

Turut menyertai Perdana Menteri dalam perbincang­an itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein; Ketua Setiausaha Kementeria­n Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Abd Razak Abdul Wahab.

Muhyiddin berkata, Malaysia amat menghargai kesudian Raja Salman menerima lawatan rasminya sebagai ketua kerajaan yang pertama selepas Persidanga­n Al Ula pada 5 Januari 2020.

“Malaysia gembira dengan hubungan baik di antara kedua-dua negara umat Islam ini, ”katanya.

Beliau juga menyatakan komitmen Malaysia memperkuku­hkan lagi hubungan dua hala antara kedua- dua negara.

Pada sesi sama, Muhyiddin turut menyatakan penghargaa­n Malaysia terhadap bantuan peralatan kesihatan daripada Arab Saudi menerusi King Salman Humanitari­an Aid and Relief Centre (Ksrelief) untuk membantu memerangi COVID-19 di Malaysia.

Malaysia juga, katanya, mengalu-alukan penubuhan Majlis Penyelaras­an Arab Saudi-malaysia (SMCC) bagi membolehka­n perundinga­n dan perbincang­an secara berkala dalam pelbagai sektor antara kedua-dua negara.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mempelawa lebih banyak syarikat dari Arab Saudi untuk melabur di Malaysia.

Malam tadi, Muhyiddin berlepas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi lawatan rasmi dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur esok.

 ??  ?? Muhyiddin mengadakan perbincang­an dengan Putera Mohammed Bin Raja Salman sebaik tiba di Riyadh, semalam.
Muhyiddin mengadakan perbincang­an dengan Putera Mohammed Bin Raja Salman sebaik tiba di Riyadh, semalam.
 ?? (Foto ihsan Pejabat Perdana Menteri) ?? Muhyiddin bersama Noorainee disambut Putera Mohammed Salman di Lapangan Terbang Antarabang­sa King
Khalid, Riyadh.
(Foto ihsan Pejabat Perdana Menteri) Muhyiddin bersama Noorainee disambut Putera Mohammed Salman di Lapangan Terbang Antarabang­sa King Khalid, Riyadh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia