Berita Harian

18 ditahan terbabit penipuan dalam talian menyamar ahli keluarga, rakan

Operasi sejak awal bulan, menyamar jadi keluarga, rakan untuk pinjam duit

- Oleh Omar Ahmad bhnews@bh.com.my

Johor Bahru: Seramai 18 ahli sindiket penipuan dalam talian, yang menjadikan Facebook sebagai platform memperdaya­kan mangsa sekitar bandar raya ini, ditumpaska­n polis sebelum sempat mendapat gaji pertama daripada kegiatan jenayah itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata siasatan polis mendapati modus operandi digunakan sindiket ini ialah menyamar sebagai ahli keluarga atau rakan mangsa menerusi panggilan telefon untuk meminjam wang.

“Kumpulan ini baru beroperasi awal bulan ini. Mereka mengiklank­an peluang kerja menerusi Facebook dengan menawarkan gaji bulanan RM2,500 dan lima peratus komisen, bagi setiap penipuan yang berjaya.

“Semua yang ditahan adalah pekerja yang dibekalkan skrip lakonan dalam bahasa Mandarin bagi memperdaya mangsa.

“Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang tidak bersekolah, turut dikesan menyertai sindiket ini kerana mengejar tawaran gaji RM2,500 sebulan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.

Ayob Khan berkata, semua 18 ahli sindiket itu, termasuk tiga wanita tempatan berusia 15 hingga 35 tahun ditahan dalam Ops

Puyuh sekitar Kempas dan Setia Indah, antara jam 4.15 petang hingga 10 malam, Ahad lalu.

Beliau berkata, turut dirampas 60 telefon bimbit pelbagai jenama, 13 buku nota mengandung­i butiran nombor telefon mangsa serta skrip perbualan dan 17 kad ATM pelbagai jenis bank.

Katanya, semua ditahan kini direman antara sehari dan empat hari bermula sejak kelmarin, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih dijalankan berkaitan jumlah mangsa yang ditipu sindiket ini. Mereka pun baru bermula awal bulan ini dan kegiatan dihidu seterusnya ditangkap.

“Sejak Januari hingga Februari tahun ini, 48 kes membabitka­n modus operandi sama dilaporkan dengan kerugian sebanyak RM398,000.

“Sepanjang tahun lalu pula, 209 kes dilaporkan dengan keseluruha­n kerugian mencecah RM1.7 juta,” katanya.

 ?? (Foto Omar Ahmad/bh) ?? Ayob Khan menunjukka­n barang rampasan termasuk skrip bahasa Mandarin yang digunakan ahli sindiket bagi memperdaya mangsa, pada sidang media di IPK Johor, semalam.
(Foto Omar Ahmad/bh) Ayob Khan menunjukka­n barang rampasan termasuk skrip bahasa Mandarin yang digunakan ahli sindiket bagi memperdaya mangsa, pada sidang media di IPK Johor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia