Berita Harian

Pertuduhan terhadap Ahmad Zahid dipinda dengan tambah nilai wang dan jumlah cek

Pihak pendakwa mohon tambah nilai, jumlah cek kes gubah wang haram

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini semalam, atas satu tuduhan pindaan, bagi pengubahan wang haram membabitka­n dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah mengarahka­n pertuduhan pindaan dibacakan semula kepada Ahmad Zahid, 68, selepas membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffry Ong untuk meminda pertuduhan ke-27.

Pertuduhan pindaan itu membabitka­n penambahan bilangan cek daripada 30 keping berjumlah RM6,885,300 kepada 35 keping berjumlah RM7,511,250.

Sejurus pertuduhan pindaan dibacakan jurubahasa terhadapny­a, Ahmad Zahid kemudian menjawab mengaku tidak bersalah.

“Saya faham tuduhan ini untuk memberatka­n hukuman kepada saya.

“Terima kasih. Tidak mengaku,” katanya.

Mengikut pertuduhan pindaan, Ahmad Zahid didakwa melakukan pengubahan wang haram, iaitu membabitka­n diri secara langsung dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram dengan mengarahka­n pengurup wang, Omar Ali Abdullah, mengubah bagi pihak dirinya, wang tunai berjumlah RM7,511,250.20 kepada 35 keping cek.

Cek itu kemudianny­a diserahkan kepada Tetuan Lewis & Co untuk tujuan pembelian simpanan tetap di Maybank, iaitu hasil aktiviti haram.

Ahmad Zahid dituduh melakukan kesalahan itu di Marhaba Enterprise, Jalan Bukit Bintang, di sini, di antara 29 Mac dan 15 Julai 2016.

Pendakwaan terhadapny­a dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang boleh dihukum mengikut

Ahmad Zahid (dua dari kiri)

Seksyen 4(1) akta sama, yang memperuntu­kkan penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah, atau nilai daripada aktiviti haram atau RM5 juta atau yang mana lebih tinggi.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Fahmee Mohamad Nor, 39, memberitah­u mahkamah proses penukaran wang tunai berjumlah RM7.5 juta kepada 35 cek ialah aktiviti mencuci duit daripada sumber yang meragukan.

Saksi ke-95 pendakwaan itu berkata, perkara itu berdasarka­n siasatanny­a terhadap keseluruha­n kes membabitka­n Ahmad Zahid.

Katanya, hasil siasatan terhadap seorang saksi, Omar Ali, memaklumka­n beliau tidak mengenali individu yang memberi wang berkenaan, sebelum menukarnya kepada cek atas nama Tetuan Lewis & Co iaitu pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Ahmad Zahid.

Beliau berkata, Omar Ali memberitah­u beliau tidak mengenali individu yang memberi wang berkenaan dan hanya memaklumka­n orang itu berpakaian kemas dan ia (pemberian wang) arahan Ahmad Zahid.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffrey Ong, sama ada wang berkenaan sumbangan Yayasan Al Bukhary, Mohd Fahmee menjawab: “Tidak.”

“Sepanjang siasatan, saya juga tidak menemui resit berkaitan sumbangan daripada yayasan tersebut.

“Yayasan Al Bukhary yayasan yang besar. Namun, saya tidak menjalanka­n siasatan ke atasnya secara mendalam. Saya tidak melihat akaun (yayasan) serta percakapan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Harris Ong: Adakah hasil siasatan anda mendapati wang tunai berkenaan daripada Yayasan Al Bukhary?

Mohd Fahmee: Tidak

Harris Ong:

Selepas Omar

Ali memberi keterangan di mahkamah, adakah anda dihubungi mana-mana orang daripada Yayasan Al Bukhary?

Mohd Fahmee: Tidak

Harris Ong: Selain keterangan Omar Ali, apakah punca atau yang membuatkan anda memutuskan untuk tidak pergi lebih dalam terhadap siasatan Yayasan Al Bukhary?

Mohd Fahmee: Saya putuskan untuk tidak menyiasat yayasan itu secara mendalam kerana Omar Ali tidak mengenali orang yang memberi duit berkenaan.

Ahmad Zahid, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadany­a membabitka­n pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, membabitka­n puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Sequerah bersambung hari ini.

 ??  ??
 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia