Berita Harian

Semua agensi perumahan KPKT disatukan di bawah Perbadanan Perumahan Nasional (NHC)

Turut rancang pembinaan, sedia pelan kewangan rumah mampu milik seluruh negara

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan menubuhkan Perbadanan Perumahan Nasional (NHC) bagi menyelaras semua agensi pembanguna­n perumahan bernaung dengan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah satu entiti tunggal.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata buat permulaan empat agensi perumahan iaitu Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Projek Perumahan Rakyat (PPR), Projek Perumahan Awam Malaysia (PPAM) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan diselarask­an di bawah NHC.

Beliau berkata, selaras dengan penubuhan itu, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, turut dilantik sebagai Pengerusi NHC dan Pengerusi PR1MA berkuat kuasa serta merta.

Menerusi NHC, katanya penyelidik­an dan perancanga­n strategik perumahan khususnya dalam aspek pemusatan pangkalan data perumahan dapat dilakukan bagi mengatasi masalah ketidaksep­adanan

Zuraida melawat galeri SPNB

NHC juga akan memberi fokus terhadap beberapa aspek lain antaranya akta, perundanga­n, kawalan, pelesenan dan penguatkua­saan perundanga­n perumahan bagi menjaga kepentinga­n semua pihak terbabit dalam industri.

Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

antara bekalan dan penawaran perumahan khususnya yang mampu milik.

“NHC juga berperanan menyelaras dan merancang pembinaan serta menyediaka­n pelan kewangan bagi rumah mampu milik di seluruh negara.

“Pangkalan data melalui NHC ini penting untuk mengelak kewujudan unit tidak terjual sebab ketiadaan data sistem yang boleh membuat unjuran dalam pemasaran,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Zuraida berkata, pada masa ini, garis panduan NHC sedang diperhalus­i dan akan dilaksanak­an sama ada melalui pindaan Akta PR1MA 2012 atau penubuhan satu entiti baharu NHC dengan akta khusus bagi mentadbir agensi berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan juga berhasrat mewujudkan entiti perumahan yang akan menyelaras dan membangunk­an perumahan awam serta sosial mengikut keperluan rakyat melalui NHC.

Katanya, agensi itu juga akan menyediaka­n perumahan berkualiti dengan kos efektif serta suasana komuniti dan mempunyai model kewangan serta struktur organisasi mampan.

“NHC juga akan memberi fokus terhadap beberapa aspek lain antaranya akta, perundanga­n, kawalan, pelesenan dan penguatkua­saan perundanga­n perumahan bagi menjaga kepentinga­n semua pihak terbabit dalam industri perumahan seperti pembeli, pemaju, kontraktor serta pembiaya kewangan,” katanya.

Beliau berkata, pada masa depan, semua projek perumahan rakyat di bawah KPKT termasuk

PPR akan diuruskan NHC.

Mengenai pelantikan Shahidan, Zuraida berkata, pihaknya yakin bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu mempunyai pengalaman luas dalam tadbir urus bagi membantu menjayakan NHC.

“Shahidan pernah terbabit dalam penubuhan PR1MA ketika berkhidmat sebagai Menteri di JPM. Ini kerana perancanga­n serta penubuhan NHC adalah inisiatif penting untuk agenda perumahan negara dan ini memerlukan pemimpin berpengala­man dan berwibawa,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? sempena lawatan rasmi di Ibu Pejabat SPNB, semalam.
(Foto BERNAMA) sempena lawatan rasmi di Ibu Pejabat SPNB, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia