Berita Harian

‘Lawatan Muhyiddin eratkan lagi hubungan Riyadh-kuala Lumpur’

-

Riyadh: Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al-saud, percaya lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negara itu akan melonjak lagi hubungan dua hala Riyadh-kuala Lumpur ke tahap yang lebih kukuh pada masa depan.

“Adalah penting untuk kita mempunyai hubungan yang kukuh, bukan sahaja demi kepentinga­n kedua-dua negara, tetapi juga dunia Islam secara keseluruha­n,” katanya kepada media Malaysia di kementeria­nnya di sini, semalam.

Beliau juga menyifatka­n lawatan Muhyiddin empat hari itu mengukuhka­n lagi hubungan kedua-dua negara Islam itu.

Putera Faisal berkata, kedua-dua negara mahu menubuhkan Jawatankua­sa Strategik Peringkat Tinggi yang akan membantu menginstit­usikan kerjasama itu dan bukannya bergantung kepada kerjasama tertentu sahaja.

“Kami kini mempunyai proses institusi yang kukuh yang akan memberikan hasil untuk kedua-dua negara dan memastikan kita membuat tindakan susulan mengenai peluang ini,” katanya.

Katanya, ada banyak peluang di antara kedua-dua negara, contohnya, dalam bidang pelaburan, suruhanjay­a bersama, pendidikan dan pembanguna­n saintifik.

Menurutnya, mekanisme itu akan membantu mereka membuat susulan mengenai perjanjian dan perbincang­an yang dipersetuj­ui supaya dapat meneruskan momentum kukuh dalam hubungan dua hala.

Mengenai memorandum persefaham­an (MOU) yang dimeterai kedua-kedua negara, Putera Faisal berkata, ia termasuk Inisiatif Makkah Road yang akan memudahkan jemaah haji Malaysia dengan menyelesai­kan proses imigresen Arab Saudi di Malaysia.

Menteri Luar itu turut menyentuh peranan boleh dimainkan kedua-dua negara dalam membantu umat Islam dan memerangi Islamofobi­a.

“Dalam dunia hari ini, kami tercabar dalam semua bentuk diskrimina­si, kebencian dan salah faham dan salah satu sasaran itu adalah umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua negara ini boleh membantu masyarakat global untuk memahami bahawa Islam adalah kuasa untuk kebaikan dan keamanan.

“Dalam hal ini, Malaysia menjadi pemimpin kerana menonjolka­n sikap toleransi dan kesederhan­aan dalam mengamalka­n ajaran Islam. Ini sama dengan Arab Saudi.

“Kami boleh bantu mengukuhka­n mesej bahawa umat Islam bersatu demi keamanan dan kemajuan. Kami sedia bekerjasam­a dengan semua orang daripada pelbagai agama dan kepercayaa­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia