Berita Harian

Pasaran modal Islam berdaya tahan

Terbitan sukuk 2020 AS$172.1B bantu biayai pakej rangsangan ekonomi

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pasaran modal Islam terbukti berdaya tahan sepanjang mengharung­i pandemik COVID-19 dan mewujudkan impak besar terhadap ekonomi di seluruh dunia menerusi peningkata­n terbitan sukuk global tahun lalu.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah sejumlah AS$172.1 bilion sukuk diterbitka­n pada tahun lalu, meningkat 1.8 peratus daripada 2019 dengan momentum kukuh dalam pasaran sukuk utama, terutama bagi tempoh sembilan bulan pertama 2020.

“Terbitan ini membantu membiayai pakej rangsangan yang diperkenal­kan untuk mengurangk­an impak ekonomi daripada pandemik COVID-19.

“Pertumbuha­n defisit fiskal ini membawa kepada peningkata­n keperluan pembiayaan,” titah baginda dalam ucapan perasmian pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) Ke-16 yang diadakan secara maya, semalam.

Sultan Nazrin bertitah, terbitan sukuk berkuranga­n pada suku keempat dengan penurunan ketara dalam terbitan sukuk negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), terutama dari Arab Saudi.

“Keadaan itu dengan sendirinya menunjukka­n kejayaan penjanaan modal pada suku tahun sebelumnya, selain beberapa langkah yang diambil untuk mengurangk­an defisit,” titah baginda.

Sebagai tindak balas terhadap krisis itu pada peringkat domestik, Sultan Nazrin bertitah, Malaysia memanfaatk­an sumber pembiayaan terbabit dan meraih RM666 juta pada Ogos 2020 untuk inisiatif ‘6R’ yang merangkumi menyelesai­kan (resolve), berdaya tahan (resilience), bermula semula (restart), pemulihan (recovery), pemerkasaa­n (revitalise) dan pembaharua­n (reform).

Titah baginda, terbitan kedua sekurang-kurangnya RM100 juta dirancang untuk membiayai penyelidik­an mengenai penyakit berjangkit, termasuk pembanguna­n vaksin, rawatan dan diagnostik.

“Secara keseluruha­n, pandemik menyebabka­n industri kewangan Islam suram pada 2020 berbanding pertumbuha­n pesat 13 peratus pada 2019, dengan banyak negara Islam turut menyesuaik­an dengan harga minyak yang rendah dalam sejarah.

“Antara cabaran utama dihadapi bank Islam ialah pendedahan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembiayaan mikro dan pelanggan runcit berbanding institusi kewangan konvension­al.

“PKS berperanan penting dari aspek pekerjaan dan sumbangann­ya kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) di negara ini seperti kebanyakan negara lain dan mereka sudah menderita secara tidak langsung sejak pandemik ini,” titah baginda.

Sultan Nazrin yang juga Penaung Diraja bagi Inisiatif Kewangan Islam Malaysia bertitah, sektor PKS dijangka kembali bangkit dengan cepat, dengan jumlah aset patuh syariah diramal mencapai AS$3.69 trilion (RM15.24 trilion) menjelang 2024.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah, lebih banyak usaha mesti dilakukan perbankan Islam bagi menyokong agenda Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), khususnya terhadap kumpulan rentan yang banyak terjejas kesan pandemik COVID-19, terutama isu berkaitan kemiskinan serta kehilangan pekerjaan.

“Penggiat industri kewangan perlu meneliti tindakan yang dapat dilakukan untuk meningkatk­an sumbangan kepada SDG.

“Satu isu yang sangat berkaitan kewangan Islam dan pencapaian SDG adalah penyertaan kewangan. Mekanisme penting untuk mengatasi kemiskinan adalah dengan meluaskan faedah perantaraa­n kewangan kepada seberapa ramai masyarakat.

“Namun, secara praktiknya, banyak yang berada di luar sektor perbankan formal disebabkan kos tinggi yang diperlukan bagi menjangkau golongan berpendapa­tan rendah untuk menerima perkhidmat­an kewangan,” titah baginda.

Terbitan ini membantu membiayai pakej rangsangan yang diperkenal­kan untuk mengurangk­an impak ekonomi daripada pandemik COVID-19. Pertumbuha­n defisit fiskal ini membawa kepada peningkata­n keperluan pembiayaan.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,

Sultan Perak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia