Berita Harian

Malaysia peneraju pasaran sukuk global tahun lalu

-

Kuala Lumpur: Malaysia mendahului sebagai pasaran sukuk terbesar dunia pada 2020, dengan kebanyakan terbitan berkaitan dengan prinsip Pelaburan Mampan dan Bertanggun­gjawab (SRI), kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Memetik laporan Pusat Kewangan Islam Antarabang­sa Malaysia (MIFC), Tengku Zafrul berkata, Malaysia menyumbang lebih 45 peratus daripada jumlah keseluruha­n pasaran sukuk dunia atau kira-kira AS$258 bilion.

“Negara mencatatka­n lebih banyak terbitan sukuk yang berkaitan dengan prinsip Pelaburan Mampan dan Bertanggun­gjawab.

“Daripada membiayai prasarana tenaga boleh diperbahar­ui seperti solar dan hidro, kepada menyokong tujuan sosial, seperti pembiayaan mikro dan pendidikan, penerbit Sukuk Malaysia kelihatan berminat dengan usaha niaga seperti itu, mencermink­an peningkata­n komitmen kukuh ke arah masa depan yang mampan menerusi produk pembiayaan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan khas bersempena dengan

Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) Ke-16 yang diadakan secara maya semalam.

Tengku Zafrul berkata, data daripada pasaran saham dan industri pengurusan dana juga membuktika­n kewangan Islam menunjukka­n daya tahan yang padu dan terus menarik pelabur semasa tempoh tidak menentu ini.

“Ini membawa kepada lebih banyak permintaan terhadap pelaburan berasaskan Syariah dengan jumlah aset Islam di bawah pengurusan berkembang daripada 22 peratus daripada keseluruha­n aset pada 2017 kepada 24 peratus pada akhir 2020 bernilai RM217 bilion,” katanya.

Mengenai perkembang­an lain, beliau berkata, Malaysia akan membangunk­an Hab Kewangan Islam 2.0 di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Katanya, di bawah 15 Aktiviti Pertumbuha­n Ekonomi Utamanya (KEGA), Malaysia berkeduduk­an baik untuk menerajui sektor ini pada peringkat global.

“Inisiatif lain adalah untuk menggerakk­an kemakmuran bersama, termasuk kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam menggunaka­n struktur wakaf bagi tujuan sosial,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, WKB2030 juga mengetenga­hkan potensi dan rancangan Malaysia untuk memanfaatk­an pasaran halal bernilai AS$3 trilion.

“Komitmen kukuh Malaysia dalam mempromosi­kan industri halal boleh dilihat menerusi pelaburan bernilai RM14 bilion untuk membangunk­an taman halal dengan perniagaan berorienta­sikan halal akan mendapat manfaat daripada prasarana, perkhidmat­an sokongan dan insentif cukai.

“Ini bukan sahaja memacu hasrat Malaysia menjadi hab halal global, tetapi juga membantu dunia menjadi lebih berdaya tahan pada era pasca pandemik, dipandu oleh prinsip teras sosioekono­mi dan kemampanan alam sekitar ekonomi Islam, serta ekuiti sosial, perdaganga­n adil dan kepengguna­an beretika,” katanya.

Melangkah ke hadapan, beliau berkata, kementeria­n itu menumpukan kepada enam keutamaan tahun ini dan berharap industri kewangan Islam akan memberikan sokongan sepenuhnya bagi bidang tumpuan seperti mewujudkan peluang pekerjaan, memperkasa perusahaan kecil dan sederhana dan mempercepa­t pelaksanaa­n projek khusus bagi memacu pemulihan ekonomi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia