Berita Harian

SPNB perkenal enam model baharu Rumah Mesra Rakyat

-

Shah Alam: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memperkena­lkan enam model reka bentuk baharu Rumah Mesra Rakyat (RMR), termasuk rumah jenis bertiang bagi memberi pilihan dan keselesaan kepada pemohon.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata pengenalan model itu akan memberikan nafas baharu kepada SPNB untuk menawarkan lebih pilihan reka bentuk berbanding hanya dua reka bentuk sebelum ini.

Katanya, projek pembinaan model rumah jenis bertiang di bawah program RMR itu akan dibina di Pahang sebagai negeri pertama yang akan dimulakan tidak lama lagi.

“Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin

Al-mustafa Billah Shah sebelum ini ada meminta untuk dibina rumah jenis bertiang kerana pada musim banjir, rumah di atas tanah mengalami kesan banjir.

“Maka, kita diminta membuat RMR di atas tanah dengan bertiang seperti rumah panggung dan diharapkan apabila tiba musim banjir, rumah mereka terselamat ,” katanya selepas membuat lawatan di ibu pejabat baharu SPNB di sini, semalam.

Sehingga kini, sebanyak 47,153 unit RMR disiapkan di seluruh negara.

Pada tahun ini, SPNB diamanahka­n oleh kerajaan untuk membangunk­an 3,000 unit rumah RMR dengan 749 unit kini dalam pembinaan, manakala 1,531 lagi dalam peringkat menandatan­gani dokumen perjanjian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Datuk Haslee Isnin, berkata selain reka bentuk baharu, terdapat penambahba­ikan ke atas polisi perlindung­an insurans RMR sedia ada dengan perlindung­an ke atas permohonan baru RMR.

“Selain perlindung­an kebakaran dan banjir, pemohon akan turut menerima perlindung­an kemalangan, badal haji, khairat kematian dan juga kos hospital sebanyak RM100 sehari,” katanya.

Beliau berkata, SPNB kini pada peringkat akhir mendapatka­n kelulusan Kementeria­n Kewangan untuk menaikkan syarat had kelayakan pendapatan asal bulanan seisi rumah pemohon daripada RM3,000 kepada RM5,000 sejajar keadaan ekonomi semasa.

BERNAMA

Antara model reka bentuk

 ?? ( Foto ihsan web SPNB) ?? semalam.
Rumah Mesra Rakyat yang diperkenal­kan,
( Foto ihsan web SPNB) semalam. Rumah Mesra Rakyat yang diperkenal­kan,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia