Berita Harian

Pelanconga­n antara negeri PKPP dibenar mula hari ini

Pelawat perlu guna khidmat agensi berdaftar dengan MOTAC

- Oleh Safeek Affendy Razali safeek@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan membenarka­n aktiviti pelanconga­n rentas negeri antara negeri yang melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bawah program Gelembung Pelanconga­n Bersasar, mulai hari ini.

Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanap­un aktiviti itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat, termasuk perlu melalui agensi pelanconga­n berdaftar di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC).

Beliau berkata, pada mesyuarat Jawatankua­sa Teknikal kelmarin, kerajaan mendengar cadangan MOTAC mengenai Gelembung Pelanconga­n Bersasar bagi membantu memulihkan kembali ekonomi pelanconga­n.

“Selepas mengambil kira penilaian risiko dan data daripada agensi berkaitan serta nasihat Kementeria­n Kesihatan (KKM), maka kerajaan bersetuju membenarka­n pergerakan pelanconga­n dari negeri PKPP ke negeri PKPP lain.

“Mereka perlu menggunaka­n perkhidmat­an syarikat berdaftar dan pergerakan menggunaka­n kenderaan persendiri­an tidak dibenarkan.

“Pergerakan hanya menggunaka­n kenderaan pelanconga­n yang berdaftar dengan MOTAC dan syarikat agensi pelanconga­n perlu mendapatka­n kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pergerakan rentas negeri.

“Perjalanan mesti terus ke negeri PKPP dan tidak dibenarkan berhenti di mana-mana negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), manakala tempat penginapan sudah ditetapkan dan aktiviti pelanconga­n juga perlu ditetapkan lebih awal,” katanya pada sidang media semalam.

Setakat ini tujuh negeri, iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya, Labuan dan Perlis berada di bawah PKPP bermula 2 Mac sehingga 15 Mac ini.

Sementara itu, kerajaan juga bersetuju menukar status Pulau Langkawi sebagai zon PKPP mulai esok walaupun Kedah masih di bawah PKPB.

Tiada pertambaha­n kes COVID-19

di kawasan itu dan ia sudah bertukar kepada Zon Hijau.

“Kes COVID-19 terakhir dilaporkan pada 20 Februari lalu dengan dua kes.

“Maka, Gelembung Pelanconga­n Bersasar juga terpakai untuk Pulau Langkawi,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, dasar bekerja dari rumah untuk negeri dan kawasan yang dilaksanak­an PKPB dengan kehadiran 30 peratus kakitangan ke pejabat masih terpakai.

Bagaimanap­un, jumlah kehadiran ke pejabat di negeri dan kawasan yang dilaksanak­an PKPP adalah pada tahap maksimum, tertakluk arahan ketua jabatan.

Beliau turut mengumumka­n penamatan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Hostel Centennial, Kampung Acheh, Manjung, Perak, hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia