Berita Harian

Kerajaan kaji beri sijil pengecuali­an vaksin individu tertentu

-

Kuala Lumpur: Kerajaan mempertimb­angkan untuk mengeluark­an sijil pengecuali­an kepada golongan yang tidak boleh menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Ia membabitka­n individu yang mempunyai sistem ketahanan lemah atau alahan tertentu sehingga menyebabka­n mereka tidak boleh menyertai program berkenaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata cadangan itu bagi memastikan golongan terbabit mendapat pembelaan sewajarnya.

“Atas prinsip keadilan, kita sedang fikir untuk beri sijil pengecuali­an bagi mereka yang tidak dapat diberikan vaksin.

“Ini bukan kerana mereka memilih untuk tidak divaksin, tetapi keadaan kesihatan masing-masing yang tidak membenarka­n mereka berbuat demikian,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau mengulas kebimbanga­n Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung cadangan pasport vaksin memandangk­an ada banyak negara belum menerima bekalan dan golongan tertentu yang tidak boleh menyertai program pelalian itu.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata, kerajaan sedang memperhalu­si cadangan untuk mewujudkan pasport vaksin, selain setakat ini hanya bergantung kepada sijil digital menerusi aplikasi Mysejahter­a.

“Setakat ini kita hanya beri sijil digital kepada penerima selepas mereka melengkapk­an suntikan dos kedua vaksin COVID-19.

“Kita akan beri maklumat sistem ini kepada WHO dan negara lain supaya mereka dapat iktiraf sistem kita dan boleh diguna pakai sebagai bukti rakyat Malaysia sudah menerima vaksin,” katanya.

Khairy berkata, 4,161,915 individu sudah mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui aplikasi Mysejahter­a sehingga jam 8 pagi semalam, manakala 166,363 individu, kebanyakan­nya petugas barisan hadapan, menerima suntikan pertama vaksin sehingga kelmarin.

Mengenai tiga cabaran serius dihadapi COVAX bagi penghantar­an vaksin ke negara di Asia Tenggara, Khairy berkata, kebanyakan perolehan vaksin di Malaysia dibuat secara rundingan terus antara kerajaan dan syarikat pengeluar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia