Berita Harian

Langkah proaktif kerajaan pacu sektor pengangkut­an

Dasar dilaksana pastikan pemain industri peroleh manfaat, terus berdaya saing

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Putrajaya: Pandemik COVID-19 yang melanda sejak setahun lalu bukan sahaja menjejaska­n kehidupan rakyat, malah ekonomi negara dengan pelbagai sektor menerima tempias berdepan tempoh sukar dan memeritkan.

Sektor pengangkut­an seperti perkhidmat­an teksi, e-hailing dan bas ekspres tidak terkecuali daripada menerima kesan buruk penularan COVID-19 apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baru mengambil alih pentadbira­n ketika itu terpaksa mengambil tindakan sukar untuk menjaga nyawa rakyat dengan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Susulan pelaksanaa­n PKP dan menghadapi tempoh sukar itu, kerajaan PN mengambil langkah proaktif menggerakk­an seluruh jentera pentadbira­n terutama barisan Kabinet untuk memacu dan meletakkan semula negara di landasan pertumbuha­n mapan.

Untuk memulihkan sektor pengangkut­an yang turut terjejas berikutan PKP, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai Menteri Pengangkut­an

menggalas tanggungja­wab untuk memastikan kelestaria­n sektor itu.

Ka Siong berkata, 12 bulan menerajui Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) adalah tempoh penting baginya untuk memastikan sektor pengangkut­an negara terus berkembang. Untuk itu pihaknya melaksanak­an pelbagai dasar serta inisiatif untuk manfaat pemain industri dan pengguna.

“Sebagai contoh bermula 15 Jun tahun lalu, kita memperkena­lkan pas My30 kepada semua rakyat Malaysia yang menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk semua rangkaian rel dan bas Rapidkl.

“Setakat 15 Jun hingga 31 Disember tahun lalu, sebanyak 783,654 pas sudah terjual manakala dari 1 Januari hingga 8 Mac lalu, sebanyak 190,765 pas sudah terjual. Ini bermakna pas My30 ini sudah terjual hampir sejuta,” katanya pada sidang media sempena Setahun Malaysia Prihatin baru-baru ini.

Ka Siong berkata, sejak beliau mengambil alih MOT, sektor pelabuhan turut diberi perhatian bagi memastikan keperluan asas rakyat tidak terbantut ketika mengharung­i tempoh sukar akibat pandemik.

MOT memperkena­lkan dasar port clearing ketika PKP dilaksanak­an bagi mengelak kesesakan di pelabuhan kerana ruang kapasiti di pelabuhan negara mencecah 100 peratus berikutan pemberhent­ian pemindahan barangan ke gudang simpanan sebelum dihantar ke destinasi akhir.

“Kita memperkena­lkan kaedah port clearing dengan memastikan setiap barangan yang tiba di pelabuhan mesti dikosongka­n dalam tempoh tiga hari dan hasilnya amat memberangs­angkan.

“Malah pelabuhan Malaysia tersenarai antara pelabuhan terbaik dunia. Antaranya, Pelabuhan Tanjung Pelepas menduduki tempat ke-15 daripada 50 pelabuhan dunia pada tahun lalu berbanding tempat ke 18 pada 2019, manakala Pelabuhan Klang berada di kedudukan ke-12,” katanya.

Dari segi pelaksanaa­n Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) di bawah MOT, Ka Siong berkata, seramai 33,535 pemandu teksi; 3,019 pemandu bas persiaran, 9,207 pemandu bas sekolah dan 70,472 pemandu e-hailing sudah menerima bantuan one-off RM600.

Menerusi Pakej Bantuan Perlindung­an Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pula, seramai 35,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 75,000 pemandu e-hailing, bas sekolah dan persiaran menerima bantuan one-off berjumlah RM500.

Namun, apa yang lebih membanggak­an beliau adalah pewartaan

Sebagai contoh bermula 15 Jun tahun lalu, kita memperkena­lkan pas My30 kepada semua rakyat Malaysia yang menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk semua rangkaian rel dan bas Rapidkl.

pindaan Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333) berhubung kesalahan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabka­n kemalangan yang meragut nyawa.

“Kemalangan membabitka­n pemandu mabuk menjadi isu serius dan memerlukan tindakan segera bagi menangani masalah itu dan akhirnya pindaan kepada Akta 333 diluluskan di Dewan Rakyat pada 26 Ogos 2020 serta Dewan Negara pada 22 September 2020, selain diperkenan­kan Yang di-pertuan Agong pada 16 Oktober tahun lalu.

“Akta ini mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah jalan raya khususnya membabitka­n Seksyen 41 hingga 45 yang dikuatkuas­akan pada 23 Oktober tahun lalu. Diharap dengan akta ini dapat mencegah kejadian tidak diingini,” katanya.

Selain itu, menyingkap tempoh 12 bulan kementeria­nnya, Ka Siong berkata, pelbagai inisiatif lain dilaksanak­an antaranya, penubuhan Pusat Kecemerlan­gan Rel Kebangsaan (NRCOE), Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2020-2025, Pelaksanaa­n Garis Panduan Pengujian Kenderaan Berautonom­i serta pelancaran Garis Panduan Dron Untuk Operasi Latihan, Pertanian dan Projek Khas.

“Dari segi pengangkut­an rel pula, proses pembinaan Projek laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjalan lebih awal daripada dijadualka­n kerana kerja pembinaann­ya tidak banyak terjejas akibat COVID-19.

“Setakat ini, keseluruha­n projek mencapai kemajuan sebenar 20.37 peratus pada Januari lalu berbanding jadual asal iaitu 19.39 peratus,” katanya.

Wee Ka Siong, Menteri Pengangkut­an

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia