Berita Harian

Inisiatif MOT beri manfaat kepada rakyat

-

Kuala Lumpur: Pelbagai inisiatif dilaksana Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) sejak setahun pentadbira­n kerajaan Perikatan Nasional (PN) banyak memberi manfaat kepada rakyat terutama dalam sektor pengangkut­an awam.

Presiden Persatuan Pengguna Pengangkut­an Awam Malaysia (4PAM), Ajit Johl, berkata pelaksanaa­n pas My30 antara contoh terbaik dan menjadi inisiatif yang tepat dalam membantu rak- yat dalam menggunaka­n pengangkut­an awam.

“Bukan hanya di Lembah Klang, malah ia dilaksanak­an di Pulau Pinang dan Pahang yang mana rakyat boleh menikmati perkhidmat­an pengangkut­an awam dengan pas tanpa had ini.

“Lebih membanggak­an ialah pengenalan pas perjalanan bulanan tanpa had selama 30 hari (Myrail5) untuk murid sekolah dan golongan orang kelainan upaya (OKU). Ini adalah usaha yang amat baik untuk membantu rakyat yang terkesan ketika negara berdepan ancaman pandemik COVID-19,” katanya.

Ajit berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengendali pengangkut­an awam melaksanak­an perkhidmat­an dengan baik dan mengambil langkah sewajarnya demi keselamata­n dan kesejahter­aan penumpang.

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidik­an

Keselamata­n Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua, berkata langkah MOT meminda Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333) berhubung kesalahan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah amat disokong.

“Pindaan terhadap Akta 333 memang dinanti-nantikan rakyat. Saya amat menyokong langkah ini dengan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah dan kerana ia bertindak sebagai langkah pencegahan yang baik.

“Walaupun hukuman yang lebih berat boleh dikenakan, isunya sekarang adalah bagaimana penguatkua­saan akta itu dapat dilaksanak­an,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia