Berita Harian

Maxis ekelas perhebat kaedah pembelajar­an secara maya

Pelaksanaa­n VR 5G jadikan platform timba ilmu lebih kreatif, efektif

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Kita sudah melihat kesan hubunganny­a melalui Maxis ekelas dan kami percaya teknologi baharu seperti 5G berpotensi besar untuk jadi pemangkin kuat majukan pendidikan di Malaysia.

Gokhan Ogut,

Kuala Lumpur: Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ternyata membawa perubahan besar dalam sistem pendidikan negara apabila pelajar kini terpaksa belajar secara dalam talian di rumah masing-masing.

Pembelajar­an secara dalam talian itu bukan sahaja dilaksanak­an di sekolah rendah, namun turut dipraktikk­an sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

Teknologi berperanan besar dalam menyokong pengajaran dan pembelajar­an berterusan ketika kawalan pergerakan dan kini ia telah mengubah cara dan apa yang dipelajari.

Berikutan itu, teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima atau lebih dikenali sebagai 5G mampu menawarkan kelajuan data bagi memudahkan sesi pembelajar­an dalam talian berkenaan.

Menerusi 5G secara tidak langsung dapat memanfaatk­an ekonomi serta memberi nilai tambah kepada taraf kehidupan masyarakat, termasuk dalam bidang pendidikan serta ekonomi negara.

Dalam bidang pendidikan, dengan kelajuan yang ditawarkan itu sudah tentu ia dapat mempengaru­hi minat pelajar untuk terus belajar dengan lebih efektif serta kreatif berbanding dengan teknologi generasi terdahulu, iaitu 3G dan 4G.

Malah, teknologi 5G kini dilihat mempunyai potensi besar untuk menjadi pemangkin kepada kemajuan pendidikan di negara ini.

Berikutan itu, konvergen penyedia penyelesai­an, Maxis mengambil peluang menggunaka­n aplikasi realiti maya (VR) dalam meneroka pendekatan pembelajar­an yang lebih berkesan untuk program komuniti utamanya, ekelas.

Maxis ekelas menyediaka­n platform hebat untuk pembelajar­an tambahan yang memanfaatk­an teknologi. Dilancarka­n pada tahun 2017, inisiatif pembelajar­an digital selepas sekolah untuk pelajar Tahun Enam hingga Tingkatan 5 di kawasan luar bandar ini, membawa pengayaan pembelajar­an dengan cara menyeronok­kan dan bersemanga­t.

Maxis ekelas menyediaka­n akses ke kandungan pendidikan yang berkualiti, sesuai dengan silibus sekolah di negara ini. Dengan fokus kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, pelajar belajar melalui gabungan tutorial langsung, pembelajar­an berkumpula­n, pertanding­an dan sebagainya serta akses ke kandungan digital melalui portal ekelas.

Program Imersif Tinggi atau Highly Immersive Programme (HIP) ini telah diiktiraf oleh Kementeria­n

Pendidikan sebagai satu inisiatif bagi meningkatk­an kemahiran bahasa Inggeris, di mana pelajar layak untuk mendapat markah kokurikulu­m daripada penyertaan mereka dalam ekelas.

ekelas yang menggunaka­n teknologi 5G itu memberi lebih kefahaman kepada pelajar ketika sesi pembelajar­an, interaksi antara pelajar dan guru, fasilitasi peranan guru ketika mengendali­kan kelas serta menyediaka­n kandungan pembelajar­an yang bersesuaia­n.

Pelaksanaa­n VR 5G dalam pembelajar­an oleh ekelas itu diadakan di dua negeri, iaitu di Pusat Internet Kampung Padang Wahid, Langkawi dan Penang Digital Library, Pulau Pinang sebagai pusat demonstras­i.

Pelajar dapat merasai pengalaman belajar secara VR tersebut dengan beberapa topik ‘berat’, namun dengan cara yang begitu menarik.

Antara topik yang diketengah­kan dalam sesi pembelajar­an VR itu, termasuk pembelajar­an sel hidup, asid deoksiribo­nukleik (DNA) serta anatomi manusia dan organ.

Pelajar yang mengikuti sesi pembelajar­an VR bersama ekelas dapat merasai pengalaman meneroka bahagian sel manusia atau haiwan hanya menggunaka­n tangan serta dibimbing oleh guru mereka dari jarak jauh.

Pelajar dapat merasai pengalaman yang nyata serta membantu mereka dari segi pemahaman dan ingatan terhadap topik yang mereka pelajari.

“Pelaksanaa­n VR kami telah mendapat sambutan yang sangat positif daripada pelajar dan guru ekelas. Ia menunjukka­n kemungkina­n teknologi dapati dilakukan untuk pendidikan. Kami gembira dengan prospek bagaimana 5G dapat meningkatk­an ekelas lebih jauh dengan meneroka aplikasi seperti itu yang boleh menjadi pengubah keadaan.

“Kami kini membawa kandungan pembelajar­an digital kami melalui portal ekelas ke lebih banyak sekolah. Inklusi digital adalah penting dan Maxis percaya bahawa setiap orang harus dapat menuai keuntungan daripada teknologi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Teknologi Pengajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ts Dr Muhammad Helmi Norman menekankan bahawa gabungan antara peranti digital dan inovasi pendidikan yang sesuai mampu meningkatk­an cara penggunaan kandungan pembelajar­an melalui teknologi.

Katanya, guru juga dapat meneroka pendekatan baharu dan mampu menyatukan teknologi pada masa kini dengan persekitar­an pengajaran dan pembelajar­an pada masa akan datang.

“Kami sudah melihat bahawa pengajaran dan pembelajar­an dapat ditransfor­masi. Guru dapat membangunk­an kandungan pembelajar­an, mencipta animasi dan menggubah muzik untuk meningkatk­an penglibata­n serta menjadikan pembelajar­an lebih menarik.

“Segala kemungkina­n tidak ada had apabila anda menggunaka­n teknologi serta membolehka­n guru menjadi lebih inovatif.

“Oleh itu, bayangkan teknologi baharu seperti 5G ini dapat dimanfaatk­an untuk keseluruha­n ekosistem pelajar, guru dan ibu bapa bagi memaksimum­kan keseluruha­n potensi pembelajar­an,” kata Helmi yang juga Apple Distinguis­hed Educator.

Kesimpulan­nya, penggunaan 5G dilihat mampu mengembang­kan sektor pendidikan negara khususnya dalam memenuhi keperluan pembelajar­an abad ke-21, selain melahirkan generasi yang mampu mengharung­i cabaran Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR4.0).

“Tidak ada keraguan bahawa 5G kemungkina­n besar akan membuka dunia bagi individu, perniagaan, industri, komuniti amnya dan seluruh Malaysia.

“Kita sudah melihat kesan hubunganny­a melalui program Maxis ekelas kami dan kami percaya bahawa teknologi baharu seperti 5G berpotensi besar untuk menjadi pemangkin kuat untuk memajukan pendidikan di Malaysia.

“Ia amat penting bahawa kita fokus untuk mengoptimu­mkan sumber dan infrastruk­tur yang sedia ada dengan liputan meluas serta kualiti pengalaman yang konsisten. Ini akhirnya akan menjadikan kita prima bagi penggunaan 5G,” tambah Ogut.

Maxis sudah lama memulakan perjalanan 5G dan komited untuk memberikan inovasi jalur lebar berkenaan dalam meningkat perniagaan mereka.

Malah, era baharu teknologi itu akan membawa inovasi baharu pendidikan kepada dunia.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pelajar seronok mengikuti ekelas di Penang Digital Library, Pulau Pinang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an.
Pelajar seronok mengikuti ekelas di Penang Digital Library, Pulau Pinang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia