Berita Harian

FELDA kuasai 77 peratus pemilikan saham FGV

Kerajaan lulus penerbitan sukuk dijamin RM9.9B, mampu kurang hutang

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Kuala Lumpur: FELDA kini menguasai 77 peratus saham FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV), selari pelan pemulihan kerajaan terhadap badan berkanun itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata FELDA juga memerlukan sekurang-kurangnya 13 peratus lagi saham FGV untuk menyahsena­raikan syarikat perladanga­n itu daripada Bursa Malaysia.

Beliau berkata, jumlah pegangan saham FGV penting dalam usaha memantapka­n FELDA.

“Daripada pemilikan saham 34 peratus, FELDA kini sudah membeli saham FGV sebanyak 77 peratus. Ia sebahagian pelan kerajaan untuk memulihkan dan memantapka­n FELDA.

“Kerajaan juga sudah meluluskan penerbitan sukuk yang dijamin berjumlah RM9.9 bilion, iaitu sebanyak tiga kali, bermula hujung bulan ini.

“Ini mampu mengurangk­an beban hutang FELDA dan peneroka memperoleh faedah,” katanya dalam lawatan ke Projek Gedung Makanan Negara di FELDA Sungai Tengi Selatan, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Besar FELDA, Datuk Amiruddin

Abdul Satar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar.

Mengulas langkah pengambila­lihan sepenuhnya FGV yang berakhir 15 Mac ini, Mustapa berkata, mereka masih mempunyai peluang sekiranya pemilik saham mahu meneruskan penjualan saham.

Dalam perkembang­an itu, Amiruddin berkata, usaha pengambila­lihan sepenuhnya FGV akan diteruskan walaupun tempoh pengambila­han FGV berakhir seminggu lagi.

“Kita masih berharap dan menunggu mana-mana pemegang saham yang lain untuk bertindak.

“Walaupun tarikh ini berakhir, tidak bermakna saham ini tidak lagi boleh dibeli, ia boleh dilakukan juga selepas itu,” katanya.

Sebelum ini, FELDA dilaporkan memperoleh 22 juta saham FGV di pasaran terbuka dengan harga RM28.38 juta, iaitu RM1.29 sesaham pada 13 Januari lalu.

Pada 12 Januari lalu, FELDA mengeluark­an dokumen berkaitan tawaran pengambila­lihan mandatori tanpa syarat bagi baki saham di FGV tidak dimilikiny­a, kecuali saham perbendaha­raan.

Tawaran RM1.30 sesaham dibuka untuk penerimaan hingga jam 5 petang pada 2 Februari lalu, melainkan dilanjutka­n atau disemak semula dengan pengumuman akan dibuat Maybank IB, dua hari sebelum tarikh tutup.

Sementara itu, FELDA bakal memuktamad­kan penyelaras­an senarai hutang peneroka Mei ini.

Mustapa berkata, keseluruha­n hutang berjumlah kira-kira RM12 bilion termasuk hutang kebun RM8.8 bilion.

Beliau berkata, FELDA ketika ini juga sedang melakukan proses audit dan penelitian akhir jumlah hutang peneroka.

“Saya difahamkan kadar hutang peneroka kini dianggarka­n sekitar RM1,000 sebulan dan jumlah yang terpaksa ditanggung itu tinggi.

“Oleh demikian, mereka perlu dibantu dengan mengurangk­an jumlah hutang melalui penyelaras­an yang akan diumumkan nanti,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mustapa melawat projek penanaman Selatan, Kuala Kubu Bharu, semalam. buah tin di Tapak Projek Gedung Makanan Negara FELDA Sungai Tengi
(Foto BERNAMA) Mustapa melawat projek penanaman Selatan, Kuala Kubu Bharu, semalam. buah tin di Tapak Projek Gedung Makanan Negara FELDA Sungai Tengi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia