Berita Harian

Ejen DAP, PH mahu pecahkan Melayu

-

Kuala Lumpur: Perpecahan undi Melayu akan hanya menghasilk­an ketidaksta­bilan politik secara berpanjang­an, sekali gus menyukarka­n proses menjaga kebajikan rakyat semua kaum dan agama.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata buat masa ini, kestabilan politik adalah penting untuk pembinaan semula ekonomi negara dan ia hanya boleh dicapai melalui muafakat politik yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dengan itu, beliau meminta sesetengah pihak supaya tidak menjadi ejen yang merosakkan kestabilan politik negara kerana keutamaan kini mesti berpaksi kepada kepentinga­n rakyat dan bukannya isu peribadi yang hanya penting kepada sekumpulan kecil orang saja.

“Dalam keadaan kita tahu bahawa DAP dan Pakatan Harapan (PH) memang mahukan undi Melayu terpecah untuk mereka kembali berkuasa, sudah pasti seruan untuk menjaga muafakat politik ini mesti dipandang serius oleh semua yang ikhlas.

“Bagi saya, sesiapa sahaja yang sengaja mahu kita berpecah dan mahu kita lemah, maka mereka adalah ejen DAP dan PH.

“DAP dan PH memang mahukan penjajaran baharu yang melemahkan kita. Ejen mereka mungkin datang dalam pelbagai bentuk. Keutamaan kita mestilah kestabilan dan kepentinga­n rakyat terbanyak. Bukan isu yang penting secara peribadi kepada lima atau enam orang sahaja,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ada menyentuh mengenai muafakat politik yang digesa diteruskan melalui pembentuka­n kerajaan PN, bukan sahaja hingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) namun selepas tempoh itu juga.

Tuan Ibrahim turut dilaporkan berkata apabila dukungan diberikan buat kerajaan, ia haruslah kepada kerajaan PN dan janganlah timbul pandangan yang menyebabka­n situasi tidak berapa selesa untuk rakyat.

Pada masa sama, Wan Saiful berkata, pihaknya amat menyokong dan menghargai pandangan Tuan Ibrahim yang disifatkan sesuai dengan akhlak berorganis­asi dalam satu jemaah atau satu keluarga.

“Pihak yang berada dalam suatu keluarga yang sama tidak seharusnya menimbulka­n pandangan yang mengguris secara sengaja sebaliknya menjaga semangat

Wan Saiful Wan Jan

kekeluarga­an itu dan ditegah meruntuhka­n kesatuan yang ada untuk agenda peribadi.

“Dalam suasana negara yang sukar sekarang ini, rakyat mahu kita fokus kepada kebajikan dan pembinaan ekonomi. Perkara yang mengusutka­n suasana seharusnya simpanlah dulu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia