Berita Harian

Usah bagi muka pihak ‘nodai’ lagi Sungai Kim Kim

- Penulis adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Teknologi Kejurutera­an Kelautan dan Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu dan Presiden Pertubuhan Forum Udara Bersih Malaysia

Peristiwa pencemaran air dan kemudianny­a udara yang menjadi mimpi ngeri penduduk di Pasir Gudang dua tahun lalu, seakan-akan kembali berulang.

Media melaporkan sejak sebulan lalu, Sungai Kim Kim kembali tercemar dan nelayan pula mengadu hidupan dalam sungai juga hampir hilang, sekali gus mengakibat­kan pendapatan nelayan juga terkesan.

Sudahlah penduduk terpaksa menghadapi dan terkesan dengan pandemik COVID-19, kini mereka juga berhadapan cabaran air tercemar.

Selain warna air kehitaman dan bau busuk, terdapat tompokan minyak yang dikesan di Sungai Kim Kim yang dikatakan hampir sama dengan sisa toksik beracun kira-kira dua tahun lalu.

Penduduk tentu tidak dapat melupakan kejadian malang menimpa mereka yang menyebabka­n sesak nafas, loya dan pening.

Walaupun keadaan belum ke tahap membimbang­kan, kekhuatira­n penduduk, terutama di Kampung Bukit Pulai, Pasir Gudang tentu dapat difahami kerana bimbang kejadian berulang.

Pasir Gudang sebenarnya hab industri terpenting di Johor dengan terdapat penempatan beberapa industri minyak sawit dan petrokimia terbesar dunia. Dilaporkan Pasir Gudang mempunyai 2,005 kilang berlesen dan 250 daripadany­a kilang berasaskan bahan kimia.

Dalam menghadapi situasi sukar sekarang, pihak industri yang menjadi penyumbang utama kepada penghasila­n efluen ke air sungai perlu bertanggun­gjawab memastikan operasi kilang dan industri mematuhi akta berkuat kuasa seperti pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Akta itu mengkehend­aki semua air kumbahan dirawat dan mematuhi kepiawaian sebelum dilepaskan ke sungai atau tasik.

Pihak industri juga perlu meningkatk­an kesedaran kepada pekerja dan tanggungja­wab pemulihara­an alam sekeliling sebagai suatu nilai perlu disemat dalam setiap bidang dipertangg­ungjawabka­n.

Malah, mereka juga perlu menyedari akibat daripada ketidakpat­uhan itu akan akan mencemarka­n alam sekeliling seperti air, udara, haiwan darat dan laut dan akuatik lain.

Hakikatnya, kerugian kepada kos rawatan dan pemulihan amat tinggi serta tidak ternilai kepada industri dan negara. Wang berjuta-juta itu boleh digunakan untuk membantu mangsa COVID-10 dan bantuan lain diperlukan negara.

Industri harus peka sebagai tanggungja­wab sosial mereka dengan sepatutnya mendidik masyarakat terhadap kepentinga­n pemulihara­an alam sekitar, bukan sebaliknya.

Nilai baik yang ditunjuk industri dalam penjagaan alam sekitar ini amat bermakna kerana ia akan menjadi teladan terbaik kepada orang ramai dan komuniti.

Industri juga harus tidak mengejar keuntungan semata-mata sehingga mengakibat­kan pencemaran dan kerugian kepada pihak lain.

Pada masa sama, komuniti juga perlu berperanan proaktif dalam menghadapi isu seperti ini dengan sentiasa bersama komuniti dan persatuan yang boleh menyuaraka­n pandangan kepada pihak berkuasa melalui saluran rasmi kerajaan atau melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Komuniti seperti sekolah dan institut pengajian tinggi harus sentiasa mengadakan program kesedaran alam sekitar untuk menerangka­n perkara asas mengenai pencemaran, kesan dan kos terpaksa ditanggung kerajaan untuk program pemulihan.

Masyarakat sendiri perlu sentiasa membantu dan memberi kerjasama kepada pihak berwajib jika didapati berkeperlu­an. Kerjasama antara penduduk, industri dengan kerajaan amat berguna untuk menangani perkara ini sebelum keadaan lebih parah.

Penduduk melalui pertubuhan komuniti perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa sebarang perkara yang dilihat mencurigak­an berlaku di lokaliti mereka seperti melihat lori atau terdapat tong sisa toksik berlonggok di kawasan tertentu.

Penduduk perlu berasa yakin dan bangga berusaha memulihara alam sekitar kerana ia sebahagian tuntutan agama serta tuntutan kita sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi, iaitu untuk memakmurka­n alam ini.

Hanya dengan wujud kerjasama antara industri, penduduk dengan agensi kerajaan, isu alam sekitar ini akan dapat ditangani sedari awal.

Dari segi penguatkua­saan, kita berkeyakin­an Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa memantau dan mengawasi kawasan industri khususnya di sekitar Sungai Kim Kim.

Setiap aduan yang diterima pasti akan diberi perhatian dan tindakan sewajarnya sebelum perkara lebih buruk berlaku seperti terjadi pada 2019 yang menjejaska­n lebih 6,000 penduduk, manakala 111 sekolah di kawasan berkenaan terpaksa ditutup.

Kerajaan perlu mengenakan penalti kepada mana-mana industri yang tidak bertanggun­gjawab melepaskan sisa sesuka hati. Sikap tamak industri yang hanya mementingk­an pulangan dan kewangan sehingga sanggup membelakan­gkan undang-undang tidak wajar diberi ruang dan patut didenda.

Industri juga perlu dididik bukan sahaja menghormat­i undang-undang semasa, bahkan komitmen Malaysia pada peringkat antarabang­sa berkaitan alam sekitar.

Sikap tidak berperikem­anusiaan dan tidak bertanggun­gjawab amat bertentang­an dengan norma serta nilai Malaysia yang mengutamak­an keprihatin­an masyarakat dan penyayang.

Usaha pematuhan dan kempen pemulihara­an alam sekitar ini sejajar dengan komitmen Malaysia untuk memenuhi Matlamat Pembanguna­n Mampan atau Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) yang elemen air dan alam sekitar sangat penting dalam usaha mencapai matlamat berkenaan.

Kerajaan perlu mengenakan penalti kepada mana-mana industri yang tidak bertanggun­gjawab melepaskan sisa sesuka hati. Sikap tamak industri yang hanya mementingk­an pulangan dan kewangan hingga sanggup membelakan­gkan undangunda­ng tidak wajar diberi ruang dan patut didenda.

 ?? (Foto Zain Ahmed /BH) ?? Keadaan Sungai Kim Kim berwarna hitam dan berbau dipercayai dicemari sisa buangan dari kilang dan industri berhampira­n.
(Foto Zain Ahmed /BH) Keadaan Sungai Kim Kim berwarna hitam dan berbau dipercayai dicemari sisa buangan dari kilang dan industri berhampira­n.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia