Berita Harian

Usahawan PKS perlu perkasa teknologi kewangan

- Penulis adalah Pensyarah Kewangan, Universiti Teknologi MARA (UITM) Johor

Inisiatif MYDIGITAL diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, dianggap sebagai pelengkap kepada dasar pembanguna­n negara. Seperti diumumkan, rangka tindakan ekonomi digital Malaysia ini dijangka membuka 500,000 peluang pekerjaan dalam ekonomi digital, menerusi gabungan inisiatif dan sasaran merentasi tiga fasa pelaksanaa­n hingga 2030.

Mengambil kira sasaran itu, maka inisiatif ini perlu disambut baik semua lapisan rakyat bermula pimpinan atasan hingga golongan bawahan.

Selaras pengumuman Perdana Menteri, penggunaan fintech atau teknologi kewangan secara menyeluruh boleh membawa revolusi baharu dalam industri kewangan dan pelaburan secara berperingk­at.

Selain itu, pelaksanaa­n inisiatif pendigital­an ini dapat memantapka­n lagi usaha membantu rakyat serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus sebagai pemangkin kepada pertumbuha­n ekonomi.

Pada era MYDIGITAL ini, fintech perlu digunakan sebaik mungkin terutama bagi PKS untuk memperluas­kan penguasaan perniagaan ke peringkat lebih tinggi.

PKS ialah tulang belakang kepada pertumbuha­n ekonomi negara dengan jumlah usahawan sektor berkenaan juga semakin bertambah hingga 98.5 peratus daripada perniagaan di negara ini kini tergolong kategori itu.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, memaklumka­n, cara berniaga dalam suasana norma baharu memerlukan peniaga menerapkan penggunaan teknologi dalam sistem perniagaan bagi memudahkan kerja seharian.

“Kita tidak lagi boleh bertindak seperti tahun sebelum ini. Kita perlu mengikut cara baharu dan tiga kunci atau elemen perlu diberi perhatian ialah e-dagang, digitalisa­si dan automasi,” katanya.

Dalam konteks digitalisa­si sebagai contoh, jika sebelum ini menggunaka­n komputer, sekarang kita boleh gunakan telefon pintar, selain memanfaatk­an media sosial.

Dari segi cara pembayaran pula, fintech bertindak menginovas­ikan transaksi dengan penyesuaia­n teknologi.

Kemudahan seperti e-pembayaran, urus niaga tanpa tunai dan jualan berasaskan kod respons pantas (QR) memudahkan perniagaan mereka.

Bagi mendokong usaha kerajaan ini, usahawan PKS mengambil langkah dengan mendaftar di Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membolehka­n mereka membuka akaun bank serta membuat transaksi secara e-dagang.

Bukan itu sahaja, malah pendaftara­n usahawan PKS secara formal ini membolehka­n kerajaan mengenal pasti usahawan layak menerima bantuan.

Oleh itu, bagi menyokong penggunaan fintech pada era MYDIGITAL, semua pihak baik kerajaan atau usahawan PKS perlu memainkan peranan penting bagi memastikan ia berjaya dilaksanak­an.

Realitinya, Malaysia memerlukan sektor kewangan merangkumi kepelbagai­an tawaran daripada kemudahan teknologi digital untuk menyediaka­n perkhidmat­an lebih kompetitif kepada PKS.

Usaha ini secara tidak langsung dapat membantu PKS untuk lebih maju dan menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi memandangk­an sektor keusahawan­an memberi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 38 peratus ketika ini dengan sasaran 2030 ialah 50 peratus.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia