Berita Harian

Program vaksinasi pupuk nilai perpaduan

- Dr Md Muziman Syah Md Mustafa, Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM)

Program vaksinasi terbesar dalam sejarah negara sudah bermula hampir tiga minggu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi rakyat Malaysia pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer/biontech.

Beliau mempamerka­n contoh terbaik kepada komuniti dalam dan luar negara. Secara tidak langsung menonjolka­n keyakinan negara kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang memastikan semua vaksin mencapai piawaian kualiti, keberkesan­an dan keselamata­n sebelum didaftar dan dilesenkan.

Hampir 130,000 menerima dos pertama vaksin COVID-19 di seluruh negara, tanpa sebarang kesan sampingan teruk dilaporkan.

Kempen kesedaran terhadap kebaikan dan keselamata­n vaksin oleh kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik mahupun individu umpamanya, meningkatk­an penerimaan vaksin dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kerajaan menyasarka­n 70 sehingga 80 peratus populasi negara bakal menerima vaksin COVID-19 bagi mewujudkan imuniti kelompok.

Usaha ini memerlukan kerjasama dan perpaduan semua rakyat Malaysia bagi mencapai imuniti kelompok, memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan seterusnya mencapai kes sifar.

Sekitar tiga juta orang sudah pun mendaftar untuk suntikan vaksin COVID-19

menerusi aplikasi Mysejahter­a dan angka ini dijangka terus meningkat.

Ini mencermink­an semangat perpaduan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik dalam usaha membentuk imuniti kelompok.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga menzahirka­n sokongan terhadap program vaksinasi kebangsaan dengan menjadi antara individu yang menerima suntikan vaksin fasa pertama.

Program vaksinasi kebangsaan menjadi landasan perpaduan rakyat Malaysia dengan bersama-sama berkongsi informasi sahih dan mendaftark­an diri untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Tinjauan di media sosial individu yang diberi vaksin, rata-rata memuat naik foto ‘Saya telah divaksinka­n’ memberi keyakinan kepada segelintir yang masih berada ‘atas pagar’ atau ragu-ragu mengenai keselamata­n vaksin.

Pengambila­n vaksin akan melindungi diri dan masyarakat sekeliling. Ia bukan sahaja penting dari sudut kesihatan awam, malah menjadi sebahagian ‘maqasid shariah’ untuk semua yang layak menerima vaksin.

Inilah masanya untuk membuktika­n perpaduan dalam mengharung­i pandemik sebagaiman­a generasi terdahulu menghadapi pelbagai cabaran negara demi kesejahter­aan dan kemakmuran bersama.

 ??  ?? Sebahagian petugas barisan hadapan tanpa mengira bangsa dan agama memberi sokongan terhadap program vaksinasi bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.
Sebahagian petugas barisan hadapan tanpa mengira bangsa dan agama memberi sokongan terhadap program vaksinasi bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia