Berita Harian

Rumah Siswa jaga kebajikan pelajar

- Noor Mohamad Shakil Hameed, Pentadbir Universiti

Komitmen Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama universiti awam (UA) dalam menjaga keselamata­n dan kebajikan pelajar luar kampus terserlah selepas inisiatif Rumah Siswa dilancarka­n.

Golongan siswa yang terpaksa menyewa di luar kampus pasti menarik nafas lega kerana ia membantu mengurangk­an kerisauan dan kebimbanga­n mereka untuk mendapatka­n kemudahan penginapan.

Inisiatif Rumah Siswa meliputi tiga komponen utama - Pembanguna­n Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus, Pembanguna­n Garis Panduan Pengurusan Pelajar Luar Kampus dan Portal Rumah Siswa.

Dengan adanya Portal Rumah Siswa kita percaya mahasiswa akan lebih mudah mendapatka­n rumah sewa dengan kadar harga berpatutan di sekitar kampus, di samping mendapatka­n khidmat nasihat yang diperlukan.

Portal itu akan menjadi pangkalan data khusus di peringkat universiti berkaitan lokasi penginapan, kemudahan diperoleh, jarak terhadap akses kemudahan universiti dan paling penting aspek keselamata­n pelajar luar kampus.

Dalam pada itu, Pembanguna­n Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus dan Pembanguna­n Garis Panduan Pengurusan Pelajar Luar Kampus dilihat antara inisiatif signifikan dalam konteks memperkasa kebajikan dan keselamata­n pelajar luar kampus.

Ini kerana golongan yang terpisah dengan kehidupan kampus dan terpaksa menyewa di luar sering dilihat ketinggala­n dalam banyak aspek, terutamany­a dilihat keseoranga­n dalam menjaga keselamata­n dan kebajikan di luar.

Keadaan ini sering menimbulka­n kerisauan dalam kalangan ibu bapa yang memikirkan keselamata­n anak mereka.

Justeru, dengan adanya Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus (UPLK), kita percaya kelompok ini dapat dipantau dan dibantu dengan lebih rapi dan bersistema­tik.

Maka besarlah harapan UPLK akan mengambil alih tugas dan tanggungja­wab berat ini dalam memastikan mahasiswa yang menetap luar kampus juga dapat dipantau dan dibantu mengikut keperluan mereka.

Perkara penting perlu diberi perhatian ialah soal makan minum serta keselamata­n mereka.

Hal ini penting kerana kita tidak mahu mereka ikat perut kerana membayar sewa rumah yang mahal, di samping tiada siapa menjaga keselamata­n dalam menjalani kehidupan di luar kampus.

Jadi, UPLK perlu mengatur pelbagai aktiviti untuk mendekati golongan ini dengan lebih kerap termasuk lawatan ke rumah sewa secara berkala.

Pelajar yang mempunyai masalah baik dari segi kewangan, emosi mahupun kehidupan sosial perlu dikenal pasti dan dibantu supaya dapat diselamatk­an dengan segera.

Tuntasnya, semoga inisiatif baharu ini dapat terus melindungi dan menjaga kebajikan dan keselamata­n semua pelajar luar kampus di seluruh negara.

Syabas dan tahniah kepada KPT dan semua universiti awam yang terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia