Berita Harian

JPA, KSM kaji syor perluas dasar Bekerja Dari Rumah

Langkah susulan cadangan dikemuka Perdana Menteri

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Putrajaya: Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) akan menjalanka­n satu kajian dan perbincang­an dengan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berhubung kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) diteruskan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil perhatian sewajarnya cadangan berhubung perkara itu oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

“JPA mengambil perhatian sewajarnya cadangan Perdana Menteri berkenaan kemudahan BDR bagi sektor awam dengan gaji penuh untuk penjagaan ahli keluarga yang uzur dan sakit serta menyokong isteri dalam hal penjagaan anak yang baru lahir.

“Satu kajian dan perbincang­an bersama Kementeria­n Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan dilaksanak­an berhubung perkara ini dan hasil kajian akan dibentangk­an kepada kerajaan bagi pertimbang­an selanjutny­a,” katanya dalam kenyataan kepada BH.

Kelmarin, Muhyiddin ketika menyampaik­an ucapan perasmian sambutan Hari Wanita 2021 peringkat kebangsaan, dilaporkan meminta JPA dan Kementeria­n Sumber Manusia (KSM), untuk menilai cadangan memperluas kemudahan BDR untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh, bagi penjagaan ahli keluarga yang uzur dan sakit serta menyokong isteri dalam hal penjagaan anak baharu lahir.

Inisiatif itu antara lain membolehka­n kakitangan wanita kekal dalam sektor pekerjaan dan meningkatk­an produktivi­ti kerja.

Dalam perkembang­an berkaitan, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata kementeria­nnya juga sedang mengkaji sama ada BDR boleh diamalkan pasca PKP.

“Ia (BDR) akan membabitka­n sesetengah sektor sahaja dan berdasarka­n kepada prestasi pekerja. Kita dapati, dalam sektor tertentu, walaupun BDR, ia masih berjaya.

“Perkara ini boleh dicadangka­n kepada sesetengah sektor yang kita lihat berjaya,” katanya selepas Majlis Sambutan 365 Hari Pencapaian Menteri Sumber Manusia di kementeria­nnya, semalam.

Saravanan berkata, kejayaan BDR juga bergantung kepada keikhlasan pekerja berikutan ada pekerja dikesan mengambil kesempatan dan culas bekerja.

Sementara itu, Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dasar bekerja dari rumah untuk negeri dan kawasan yang dilaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih terpakai dan kehadiran pegawai ke pejabat masih kekal dengan jumlah maksimum seramai 30 peratus daripada jumlah sebenar.

Bagaimanap­un, katanya, jumlah kehadiran pekerja ke pejabat di negeri dan kawasan dilaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah pada tahap maksimum, namun ia tertakluk kepada arahan ketua jabatan.

Ismail Sabri berkata, mesyuarat jawatankua­sa antara agensi berkaitan dan Kementeria­n Kesihatan (KKM) kelmarin setuju bahawa dasar kerja dari rumah di bawah industri perkhidmat­an awam dan di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) masih lagi terpakai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia