Berita Harian

Majikan perlu sedia kemudahan lengkap jayakan BDR

-

Adnan Mat

Kuala Lumpur: Kerajaan dan majikan swasta perlu menyediaka­n kemudahan seperti internet dan komputer riba, bagi menjayakan cadangan bekerja dari rumah (BDR) seperti yang diutarakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat, berkata kemudahan dan persekitar­an seperti yang dinikmati oleh pekerja di pejabat perlu disediakan, bagi menjayakan konsep BDR berkenaan bagi memastikan hasil dan produktivi­ti dapat dicapai.

“Tiada gunanya jika kita melaksanak­an konsep BDR, jika hasil atau produktivi­ti yang kita harapkan tidak dapat dicapai akibat persekitar­an kerja yang tidak sesuai, kerana akhirnya pekerja dipersalah­kan kerana tidak mencapai produktivi­ti yang ditetapkan.

“Sekiranya konsep ini mahu diperkenal­kan pada masa akan datang, ia perlu dirangka dengan pendekatan menyeluruh, agar tidak menjadi sia-sia,” katanya, semalam.

Kelmarin Muhyiddin dilaporkan meminta Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dan Kementeria­n Sumber Manusia (KSM), untuk menilai cadangan memperluas kemudahan BDR untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh, bagi penjagaan ahli keluarga yang uzur dan sakit serta menyokong isteri dalam hal penjagaan anak baharu lahir.

Menyifatka­n cadangan berkenaan sebagai memberikan sinar baharu kepada golongan wanita, Adnan turut meminta agar JPA dan KSM membuat penilaian segera terhadap cadangan berkenaan.

Katanya, langkah berkenaan dapat meningkatk­an produktivi­ti negara dengan pembabitan lebih ramai wanita, dalam pasaran buruh.

“Berdasarka­n statistik semasa, jumlah penyertaan tenaga buruh membabitka­n wanita hanya sekitar 55.3 peratus, berbanding 80.7 peratus golongan lelaki dan ini satu jurang yang sangat besar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia