Berita Harian

Akta 446 pulih imej negara urus buruh asing

-

Putrajaya: Penguatkua­saan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) akan membantu memulihkan imej negara dalam aspek pengurusan pekerja asing.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata penguatkua­saan Akta 446 menjadi satu prasyarat sebelum majikan dapat membawa masuk pekerja asing bekerja di negara ini.

Beliau berkata, kemasukan pekerja asing tidak akan diluluskan jika majikan gagal meyakinkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang kemudahan disediakan bersesuaia­n dengan jumlah pekerja dimohon.

“Beri kami beberapa tahun, kami memberi jaminan Malaysia akan menjadi antara negara terbaik untuk membuktika­n kepada seluruh dunia kita tahu mengurus pekerja dan sistem,” katanya selepas majlis sambutan 365 hari pencapaian Menteri Sumber Manusia, semalam.

Saravanan berkata, JTK akan mengeluark­an kerangka kerja khas dalam masa terdekat bagi pembinaan Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) kepada pemaju dalam memenuhi spesifikas­i dan piawaian ditetapkan dalam Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan

Dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 yang berkuat kuasa 26 Februari lalu.

“Kerangka itu meliputi penambahba­ikan pengurusan perumahan dan penginapan, persekitar­an yang kondusif untuk memastikan pekerja asing dilayan sebaiknya,” katanya.

Mengenai pencapaian kementeria­n itu dalam tempoh setahun lalu, Saravanan berkata, sebanyak 2.7 juta warga kerja dapat dikekalkan, selain 300,000 majikan dan industri dapat bertahan ketika negara berdepan COVID-19.

Menyentuh mengenai hala tuju bagi tahun ini, katanya antara fokus kementeria­n adalah meningkatk­an keupayaan institusi latihan, mewujudkan Pusat Sumber Manusia Negara dan meningkatk­an aspek perlindung­an sosial, menambah baik kemahiran dan mengasah semula bakat kemahiran pekerja.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Saravanan memotong kek sambil diperhatik­an Ketua Setiausaha, Datuk Jamil Rakon (tengah) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabang­sa), A Maniam pada majlis sambutan 365 hari pencapaian Menteri Sumber Manusia, di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Saravanan memotong kek sambil diperhatik­an Ketua Setiausaha, Datuk Jamil Rakon (tengah) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabang­sa), A Maniam pada majlis sambutan 365 hari pencapaian Menteri Sumber Manusia, di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia