Berita Harian

Tangguh hantar pulang 114 pelarian Myanmar

-

Kuala Lumpur: Seramai 114 pencari suaka Myanmar di Malaysia mendapat penangguha­n untuk tidak dihantar pulang ke negara mereka yang sedang bergolak.

Ia selepas Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membenarka­n penangguha­n keputusan Pengarah Imigresen dan Menteri Dalam Negeri untuk menghantar pulang baki 114 pelarian Myanmar ke negara asal sehingga selesai keseluruha­n kes semakan kehakiman.

Mahkamah turut memberikan kebenaran kepada dua badan bukan kerajaan (NGO) untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan kerajaan untuk menghantar pulang 1,200 pelarian warga Myanmar ke negara asal.

Peguam Lim Wei Jiet, ketika dihubungi media berkata, mahkamah semalam, menolak bantahan Pejabat Peguam Negara (AGC) terhadap permohonan semakan kehakiman oleh kedua-dua NGO itu, Asylum Access Berhad dan Aimal Sdn Bhd selaku pemohon.

Katanya, mahkamah menolak hujah AGC bahawa kedua-dua NGO berkenaan tidak mempunyai lokus standi (hak perundanga­n).

“Mahkamah dalam penghakima­nnya berkata, NGO berperanan penting dalam kehidupan masyarakat hari ini bagi memperjuan­g hak golongan yang lemah.

“Mahkamah juga maklum sebagai masyarakat liberal, konsep kebertangg­ungjawaban dan ketelusan sebahagian daripada kehidupan,” katanya.

Wei Jiet berkata, mahkamah juga menolak hujah AGC bahawa responden kebal daripada semakan kehakiman (kecuali membabitka­n ketidakpat­uhan prosedur), mengikut klausa penyingkir­an

Seksyen 59A Akta Imigresen.

“Mahkamah memutuskan permohonan semakan kehakiman itu perlu didengar sepenuhnya. Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 23 Mac ini untuk pengurusan kes,” katanya.

Pada prosiding dalam talian itu, pemohon turut diwakili peguam Datuk Ambiga Sreenevasa­n, Datuk Dr Gurdial Singh, New Sin Yew dan Gokul Radhakrish­nan.

Peguam Kanan Persekutua­n, Ahmad Hanir Hambaly, S Narkunavat­hy, Ahmad Hanir Hambaly, Mohd Sabri Othman dan M Kogilambig­ai bertindak bagi pihak responden.

Pada 22 Februari lalu, Asylum Access dan Aimal memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mendapatka­n perintah mahkamah untuk membatalka­n keputusan kerajaan menghantar pulang semua pelarian itu, termasuk kanakkanak yang ditahan di pusat tahanan imigresen ke Myanmar melalui kapal.

Selain menamakan kerajaan Malaysia selaku responden ketiga, kedua-dua pemohon turut menamakan Ketua Pengarah Imigresen dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden pertama dan kedua.

Mereka mendakwa, sekiranya semua pelarian itu dihantar pulang ke Myanmar, mereka akan mengalami ancaman dan bahaya terhadap nyawa mereka berikutan trend kerajaan atau tentera Myanmar yang didakwa mendiskrim­inasi serta mengancam komuniti Muslim di negara itu.

Mariana Yahya

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia