Berita Harian

Trauma sungai tercemar lagi

-

Pasir Gudang: “Peristiwa pencemaran sisa toksik Sungai Kim Kim dua tahun lalu membuatkan keluarga saya trauma apabila melihat penderitaa­n anak keempat yang disahkan menghidap Myokymia,” kata Norlela Abu Hashim.

Norlela, 47, ibu kepada Irfan Wafiy Idham Wazir, 14, sebak mengenangk­an anaknya itu sebelum ini sangat aktif berlari, berenang dan bebas melakukan apa saja aktiviti lasak bagi menikmati zaman kanak-kanaknya.

Irfan Wafiy kini menderita sakit saraf seperti Parkinson yang membuatkan kaki dan beberapa bahagian badan remaja itu sentiasa menggeleta­r dan terpaksa menggunaka­n bantuan tongkat berikutan saraf kakinya menjadi lemah.

“Apabila saya membaca keratan akhbar BH mengenai isu Sungai Kim Kim kembali tercemar yang dikirimkan rakan, saya dan keluarga menjadi trauma semula.

“Irfan turut mendapat keratan berita berkenaan yang dikirimkan rakannya, namun saya dan bapanya, Idham Wazir Abd Wahab, 51, meminta mengabaika­nnya dan tidak terlalu memikirkan perkara itu.

“Selain badannya terutama kaki menggeleta­r, Irfan juga perlu mendapatka­n rawatan psikatri di Hospital Permai sejak kejadian itu sehingga awal tahun lalu berikutan mengalami masalah tidur dan sering terjaga antara jam 3 hingga 4 pagi kerana masih mendengar jeritan rakannya yang pengsan ketika bencana itu dua tahun lalu.

“Namun Alhamdulil­lah, sejak awal tahun lalu, semangat dan emosinya semakin pulih cuma sakit sarafnya masih lagi tidak hilang. Apabila berita Sungai Kim Kim kembali tercemar disiarkan, ia mengembali­kan kenangan pahit Irfan dan kami sekeluarga,” katanya kepada BH.

Irfan Wafiy, anak keempat daripada lima beradik itu sebelum dilaporkan diduga dengan penyakit seakan-akan Parkinson, dipercayai selepas terdedah dengan pencemaran toksik dari Sungai Kim-kim, dua tahun lalu.

Irfan Wafiy dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas dilaporkan sukar bernafas dipercayai akibat terhidu gas beracun ketika sesi persekolah­an.

Tidak seperti rakan lain, bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang itu dilaporkan dirawat di hospital lebih lama, iaitu 10 hari berikutan keadaan kesihatan yang merosot setiap hari.

Pakar di HSI kemudian merujuk kes Irfan Wafiy ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan hasil pemeriksaa­n mendapati anaknya itu positif Myokymia susulan terhidu gas beracun yang mengakibat­kan kegagalan fungsi paru-parunya.

Disebabkan itu, keluargany­a dilaporkan terpaksa berulang alik ke HSI pada setiap bulan dan HKL setiap tiga bulan bagi mendapatka­n rawatan susulan merawat penyakitny­a.

Walaupun berhadapan masalah kesihatan serius, Irfan Wafiy, berjaya mendapat keputusan cemerlang 6A ketika Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2019 dan meneruskan pelajarann­ya di MRSM Johor Bahru sejak tahun lalu.

Mengulas lanjut, Norlela berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dalam memastikan insiden sisa toksik Sungai Toksik tidak berulang.

Beliau berkata, rakannya yang tinggal di sekitar Sungai Kim Kim turut melahirkan kebimbanga­n selepas mereka juga mula menghidu bauan pelik seolah insiden dua tahun lalu sejak kebelakang­an ini.

“Tolonglah, pihak berwajib pantau Sungai Kim Kim dan sungai lain di Pasir Gudang dengan lebih kerap serta ketat selain hukum lebih berat kepada pesalah alam sekitar.

“Kami tidak sanggup lagi menanggung derita sekiranya insiden sisa toksik Sungai Kim Kim berulang,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto ihsan pembaca) ?? Gambar fail, Irfan (kiri) bersama rakannya selepas selesai menduduki ujian UPSR di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang dua tahun lalu.
(Foto ihsan pembaca) Gambar fail, Irfan (kiri) bersama rakannya selepas selesai menduduki ujian UPSR di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang dua tahun lalu.
 ?? (Foto Zain Ahmed /BH) ??
(Foto Zain Ahmed /BH)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia